Bomba Kelantan guna anjing pengesan cari lelaki dikhuatiri lemas

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan pada Khamis menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lelaki yang dikhuatiri lemas di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini dan di Kampung Kutan Sungai, Tumpat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Zainal Madasin berkata, dua ekor anjing yang dikenali 'Pop' dan 'Frankie' dari baka English Springer Spaniel digunakan bagi mengenal pasti kedudukan tepat mangsa-mangsa terbabit dipercayai terjatuh dan lemas.

"Setakat ini, Pop ada bau sensitif pada tiang kelima di jambatan Sultan Yahya Petra dan kita telah arahkan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) untuk membuat selaman di kawasan berkenaan.

"Radius pencarian kedua-dua mangsa yang masih hilang diperluaskan sehingga tiga kilometer dari jambatan ini hingga ke Kampung Kutan Sungai, Wakaf Bharu dengan kekuatan lebih 50 petugas pelbagai agensi penyelamat," katanya kepada pemberita di lokasi pencarian dekat Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian semalam dua lelaki dikhuatiri lemas dengan kes pertama melibatkan seorang lelaki, 28, dipercayai terjatuh dari jambatan pada jam 9.46 pagi, manakala kes kedua melibatkan seorang lelaki, 51, hilang selepas sebuah bot terbalik di kampung terbabit pada jam 10.17 pagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: