Malaysia, Arab Saudi bincang sektor pertanian, tingkat akses pasaran

Mohamad ketika menerima kunjungan hormat Menteri Perdagangan Arab Saud bersama rombongan di Wisma Tani, Putrajaya. Foto FB Mohamad Sabu
Mohamad ketika menerima kunjungan hormat Menteri Perdagangan Arab Saud bersama rombongan di Wisma Tani, Putrajaya. Foto FB Mohamad Sabu
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia dan Arab Saudi telah mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai sektor pertanian, penyelidikan dan usaha untuk meningkatkan akses pasaran antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

KPKM dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menekankan potensi beberapa produk Malaysia untuk dieksport ke Arab Saudi seperti buah-buahan tropika, produk nilai tambah haiwan dan makanan haiwan, produk sedia untuk dimakan, produk telur dan tenusu serta produk akuatik seperti ikan patin sejuk beku.

Semalam, Menteri Perdagangan Arab Saudi, Dr Majid Abdullah Al-Kassabi telah mengadakan kunjungan hormat keatas Mohamad di pejabatnya di sini.

Mohamad turut mempelawa Arab Saudi menyertai MAHA 2024 yang bakal diadakan pada 11 hingga 22 September. Foto FB Mohamad Sabu
Mohamad turut mempelawa Arab Saudi menyertai MAHA 2024 yang bakal diadakan pada 11 hingga 22 September. Foto FB Mohamad Sabu

"Pada pertemuan itu pihak Arab Saudi telah berkongsi inisiatif inovasi Wawasan 2030 Arab Saudi yang boleh dimanfaatkan Malaysia terutamanya dalam bidang pertanian serta membuka peluang kerjasama baharu bagi kedua-dua negara,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, Mohamad turut mempelawa Arab Saudi menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang bakal diadakan pada 11 hingga 22 September.

Arab Saudi merupakan rakan dagangan, destinasi eksport ketiga dan sumber import terbesar Malaysia.

Data perdagangan pertanian pada 2023 merekodkan nilai eksport Malaysia ke Arab Saudi sebanyak RM2.64 bilion, yang menyumbang perdagangan positif kepada negara. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!