Malaysia-Arab Saudi setuju tingkatkan perdagangan, peluang pelaburan - PM

Anwar (kiri) menerima kunjungan hormat daripada Dr Majid Al-Kassabi dan delegasi Arab Saudi. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar (kiri) menerima kunjungan hormat daripada Dr Majid Al-Kassabi dan delegasi Arab Saudi. Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Arab Saudi bersetuju untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara dalam meningkatkan perdagangan dua hala serta mengembangkan peluang pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat daripada Menteri Perdagangan dan Pengerusi Pusat Daya Saing Negara Arab Saudi Dr Majid Al-Kassabi serta delegasi di Putrajaya, semalam, dengan kedua-dua negara turut bersetuju meningkatkan kerjasama dalam sektor baharu seperti perkhidmatan, teknologi dan inovasi.

"Arab Saudi adalah rakan dagangan Malaysia yang paling penting di Asia Barat.

"Lawatan itu tepat pada masanya dalam mengekalkan momentum hubungan dua hala yang kukuh dan unik melalui kerjasama pragmatik dalam semua bidang, terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: