Tanjung Laboh jadi hab pendidikan penerbangan: MB Johor

Dr Sahruddin (tengah) bergambar selepas menghadiri Majlis Kerjasama UTHM dan industri dalam membangunkan Hab Pendidikan Penerbangan Selatan dan sesi menandatangani MoU bersama Bank Affin Islamic di Hotel Double Tree By Hilton.
Dr Sahruddin (tengah) bergambar selepas menghadiri Majlis Kerjasama UTHM dan industri dalam membangunkan Hab Pendidikan Penerbangan Selatan dan sesi menandatangani MoU bersama Bank Affin Islamic di Hotel Double Tree By Hilton.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tanjung Laboh, Batu Pahat akan dibangunkan sebagai hab pendidikan penerbangan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, langkah berkenaan sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) dalam mempromosi Johor sebagai Hab Pendidikan Wilayah Selatan.

Katanya, hab pendidikan tersebut bakal memberi peluang kepada Johor untuk memperkenalkan kluster pendidikan baharu iaitu kluster penerbangan di negeri ini.

"Dengan jarak tidak terlalu jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, ia akan mempunyai akses kepada pelbagai mod rangkaian pengangkutan di Johor sama ada jalan raya, rel, udara dan laut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ( UTHM) dan industri dalam membangunkan Hab Pendidikan Penerbangan Selatan dan sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Bank Affin Islamic di Hotel Double Tree By Hilton di sini semalam.

Hadir sama, Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Dr Wahid Razzaly dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Affin Islamic Berhad, Nazlee Khalifah.

Tambah Dr Sahruddin, sektor penerbangan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi kerana ia merupakan akses utama kepada kemasukan pelaburan ke negara ini.

"Selain industri penerbangan, industri aeroangkasa juga merupakan industri yang berkembang pesat melalui Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Nasional 2030.

Artikel Berkaitan:

"Inisiatif seperti ini dilihat perlu bagi meningkatkan kerjasama dalam kalangan pihak industri dan akademi untuk menghasilkan produk pendidikan yang lebih menarik dan efektif, selari dengan perkembangan teknologi serta inovasi pada masa kini," katanya.