Johor berpotensi jadi hab industri hiliran lada

Fadillah ketika melawat ruang pameran pada Perasmian Program Pemerkasaan Penggiat Industri Lada Peringkat Negeri Johor di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama
Fadillah ketika melawat ruang pameran pada Perasmian Program Pemerkasaan Penggiat Industri Lada Peringkat Negeri Johor di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KULAI - Johor diyakini mampu menjadi industri hiliran lada negara berdasarkan kedudukannya yang terletak bersebelahan Singapura, sekali gus melonjakkan nilai eksport lada negara.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, hasrat itu mampu direalisasikan memandangkan Johor memiliki ramai pekebun kecil.

"Faktor kedudukan Johor bersebelahan Singapura mampu menarik industri hiliran lada berkembang. Produk industri hiliran lada ini perlu dihasilkan di Johor sebelum dieksport ke Singapura yang mempunyai pasaran lebih luas.

"Penekanan jenama produk Malaysia perlu diberikan perhatian kerana kita tidak mahu apabila itu dieksport akan jadi menjadi milk negara lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar Program Pemerkasaan Penggiat Industri Lada peringkat negeri di Senai di sini pada Selasa.

Fadillah menambah, kerajaan kini sedang meningkatkan pengeluaran lada menerusi inisiatif pendigitalan di ladang pintar atau smart farming Lada Hitam di Sarawak.

Katanya, kaedah itu akan ditanam menggunakan fertigasi pasu atau polibeg.

"Dulu lada hitam ditanam di lereng bukit, tetapi kebanyakan pekebun kita ini sudah berusia.

Artikel Berkaitan:

"Kini kita sedang tanam secara smart farming di mana kita tidak lagi tanam di lereng bukit. Kaedah fertigasi ini sebagai pilot projek yang dibangunkan di Sarawak.

"Menerusi kaedah itu kita akan letakkan sistem sensor supaya dapat tahu kandungan mineral, air dan sebagainya yang dibuat secara automatik.

"Apabila berjaya kelak kita akan kenalkan di seluruh negara dan mudahkan pekebun kecil untuk buat penaman dan tingkatkan hasil serta pendapatan pekebun," ujarnya.