Ketahui tatacara yang baik ketika meminta maaf

KETAHUI cara yang betul untuk meminta maaf daripada orang lain. -Foto: Canva
KETAHUI cara yang betul untuk meminta maaf daripada orang lain. -Foto: Canva
A
A
A

BERLUTUT ketika meminta maaf kedengaran agak janggal dilakukan oleh kebanyakan masyarakat kita.

Paling tidak, orang akan bersemuka dengan individu terbabit dan berjabat tangan mahupun saling berpelukan.

Jika ada meminta maaf sambil berlutut, terdapat segelintir orang yang berbuat demikian kepada ibu bapa masing-masing.

Mengulas tentang perkara itu, pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, tiada ulama yang menyatakan syirik andai seseorang berlutut dan sebagainya ketika memohon kemaafan daripada orang tua masing-masing.

USTAZ AZHAR IDRUS
USTAZ AZHAR IDRUS

“Tapi minta maaf dengan orang, orang tak berlutut. Berdiri boleh, buat apa dia berlutut pula?

“Tak ada ulama suruh berlutut dan sebagainya. Yang dilarang (ketika memohon maaf) adalah jangan kita tunduk seperti beribadah. Misalnya seperti rukuk dan sujud,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Sebenarnya, bagaimanakah tatacara yang betul meminta maaf dalam Islam?

Merujuk kepada artikel yang disiarkan dalam laman web dalamislam.com dan terasbandung.com, terdapat beberapa cara meminta maaf yang baik serta benar dalam Islam.

Berikut cara-caranya:

1. Mengakui kesalahan.

Apalah gunanya memohon kemaafan, namun tiada kesedaran dalam diri bahawa kita menyakiti orang lain. Ketahuilah, memohon maaf merupakan salah satu cara bertaubat.

2. Mengungkapkan permintaan maaf dengan penyelesan.

UNGKAPKANLAH permintaan maaf berserta penyesalan tidak akan melakukan kesalahan sama lain dan menyesal atas dosa dilakukan. -Gambar hiasan/ Foto: Canva
UNGKAPKANLAH permintaan maaf berserta penyesalan tidak akan melakukan kesalahan sama lain dan menyesal atas dosa dilakukan. -Gambar hiasan/ Foto: Canva

Tatkala menuturkan maaf, sampaikan juga bahawa kita benar-benar menyesal atas perbuatan yang menyakiti hati mereka. Ia menunjukkan ketulusan hati kita dan bertekad tidak melakukan kesilapan sama pada masa akan datang.

3. Zahirkan dengan tindakan.

Tidak lengkap andai hanya bibir sahaja mengungkapkan permohonan maaf, tetapi tiada tindakan susulan dilakukan. Lebih baik, jika ia turut dimanifestasikan dengan perbuatan kita memperbaiki kesilapan tersebut, sekali gus menguatkan hubungan kita dengan individu yang menjadi ‘mangsa’ kesilapan kita tadi.

4. Berubah menjadi lebih baik.

Berhijrahlah dengan melakukan transisi diri membentuk peribadi yang lebih baik agar tidak tersasar lagi mengulangi kesilapan lampau. Buktikan kepada individu yang memaafkan kita tadi bahawa diri akan belajar daripada kesalahan tersebut, sekali gus menjadikan kita lebih menjaga tutur kata dan segala tindak-tanduk kita agar tidak menyakiti orang lain.

Sama-sama kita praktikkan cara-cara berkenaan. Andai berbuat kesalahan kepada orang lain, rendahkan ego kita untuk memohon kemaafan daripada mereka.

Ingatlah, dosa sesama manusia tidak akan terpadam jika kita tidak memohon maaf daripada individu terbabit dan mengembalikan hak mereka jika berkaitan urusan harta.

Ia sebagaimana dijelaskan dalam kitab Riyadus Solihin yang mana Imam An-Nawawi menjelaskan, andai dosa melibatkan tanggungan berupa harta dan seumpamanya, maka wajib dikembalikan kepada yang berhak.

“Jika melibatkan dosa berupa tuduhan zina dan selainnya, hendaklah dipulihkan namanya atau meminta maaf kepada individu tersebut.

TIADA nas mahupun ulama yang menyatakan, perlu berlutut ketika meminta maaf, tetapi kita tidak boleh menunduk seperti beribadah ketika memohon kemaafan kepada orang. -Gambar hiasan/ Foto: Canva
TIADA nas mahupun ulama yang menyatakan, perlu berlutut ketika meminta maaf, tetapi kita tidak boleh menunduk seperti beribadah ketika memohon kemaafan kepada orang. -Gambar hiasan/ Foto: Canva

“Seandainya melibatkan dosa berbentuk ghibah (mengumpat), maka harus minta dihalalkan dan meminta maaf daripada individu terbabit,” katanya sebagaimana dipetik menerusi laman web klikbondowoso.com.