Anak tempatan kekal terajui Prasarana, MAHB

Menteri Kewangan Lim Guan Eng (belakang,dua,kiri) bersama Anthony Loke (belakang,tiga, kiri) hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Rakan Pelaksana Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya antara MRT Corp dan MMC-Gamuda JV di Kementerian Kewangan hari ini. -Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Anak tempatan kekal bakal peneraju dua syarikat strategik pengangkutan negara iaitu Prasarana Malaysia Bhd dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan yakin dengan kemampuan anak tempatan untuk menerajui syarikat berkenaan.

"Kedua-duanya adalah aset strategik yang penting kepada kerajaan dan jawatan itu dikekalkan untuk rakyat tempatan," katanya.

Menurutnya, kerajaan belum memuktamadkan individu yang akan mengisi kekosongan tersebut.

"Lembaga Pengarah Prasarana dan MAHB akan menyerahkan senarai nama," katanya pada sidang media selepas menyaksikan tandatangan Perjanjian Tambahan antara MRT Corporation dan MMC- Gamuda KVMRT kepada Perjanjian Rakan Pelaksana Projek MRT 2 di sini hari ini.

"Lembaga Pengarah Prasarana dan MAHB akan menyerahkan senarai nama," katanya.

Turut hadir, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Pada 7 Januari lalu, Ketua Pegawai Eksklusif Prasarana, Mohamed Hazlan Mohamed Hussain digantung daripada jawatan itu oleh lembaga pengarah.

Artikel Berkaitan:

Sehari sebelum itu, MAHB membuat pengumuman Raja Azmi Raja Nazuddin melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.