Kegiatan pembalakan di Bukit Beserah berlaku di tanah persendirian - JPSM

Laporan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Mohd Ridza
Laporan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Mohd Ridza
A
A
A

SHAH ALAM - Kegiatan pembalakan didakwa di Bukit Beserah menerusi perkongsian beberapa gambar tular baru-baru ini disahkan melibatkan kawasan tanah milik persendirian.

Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Datuk Mohd Ridza Awang berkata, semakan dijalankan pihaknya mendapati kawasan pembalakan yang dimaksudkan berlaku dalam tanah yang berstatus tanah milik.

"Siasatan mendapati, pemilik tanah telah mendapat lesen daripada Jabatan Perhutanan Pahang untuk mengeluarkan kayu balak daripada tanah berkenaan.

"Mengikut Akta 313 atau Akta Perhutanan Negara dan juga Enakmen Perhutanan Negeri, kayu balak yang hendak dibawa keluar datipada mana-mana tanah milik perlu mendapat lesen (lesen pemindah) daripada Kerajaan Negeri atau Jabatan Perhutanan Negeri," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Katanya, semakan yang dijalankan turut mendapati kegiatan pembalakan berkenaan tidak berlaku di luar kawasan dibenarkan.

"Semakan mendapati tiada berlaku pembalakan di luar daripada kawasan yang dilesenkan.

"Selain itu, pemeriksaan turut tidak menemukan sebarang kesalahan melibatkan perhutanan oleh pihak terlibat setakat ini," katanya.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan beberapa gambar tular di media sosial yang mendakwa berlakunya aktiviti pembalakan di Bukit Beserah dekat sini.

Artikel Berkaitan:

Pendedahan tersebut muncul di halaman Facebook sebuah daerah pada Isnin yang memaparkan beberapa gambar termasuk sebuah jengkaut yang dikatakan berada di lokasi terbabit.

Maklumat tersebut kemudiannya dikongsi di beberapa halaman lain di laman sosial sama yang turut mengutarakan isu tersebut.

Pemilik halaman media sosial terbabit melalui hantarannya melalui aplikasi Whatsapp berkata, aktiviti pembalakan tersebut berlaku di kawasan bijih di belakang Taman Perumahan Dato Rashid sejak beberapa hari lalu dan berlarutan sehingga waktu malam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!