Iktiraf kampung baru Cina hiris hati pejuang Tanah Melayu

Laporan Sinar Harian (Gambar kecil: Azhar)
Laporan Sinar Harian (Gambar kecil: Azhar)
A
A
A

IPOH - Hasrat untuk memberikan pengiktirafan kepada kampung baru Cina sebagai tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) hanya akan menggores hati perajurit yang berjuang menentang komunis.

Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, tiada sebarang justifikasi untuk membenarkan pengiktirafan tersebut kerana sejarah membuktikan kewujudan penempatan itu dicetuskan oleh penjajah British.

Menurutnya, tujuan asal penubuhan perkampungan ini adalah untuk memisahkan penduduk kampung berbangsa Cina daripada mempunyai hubungan dengan Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang diterajui Parti Komunis Malaya.

"Jadi tiada apa yang harus dibanggakan dengan warisan penjajah ini kerana ramai perajurit dalam kalangan orang Melayu yang menjadi home guard, polis dan sebagainya terkorban menentang kezaliman komunis ketika itu.

"Mereka yang memahami sejarah mengapa kampung baru ini tidak sesekali akan bersetuju dengan pengiktirafan tersebut kerana sejarah tidak pernah menipu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Azhar berkata, hasrat pihak tertentu untuk mendapatkan pengiktirafan UNESCO terhadap Kampung Baru Cina itu hanya akan menyakiti pejuang-pejuang tanah air yang bertungkus-lumus memastikan keamanan negara.

Menurutnya, jika menyoroti sejarah, kampung baru ialah penempatan dicipta dan diwujudkan yang merupakan sebahagian daripada Rancangan Briggs dilancar oleh Sir Henry Gurney dalam era pemerintahan British di Tanah Melayu bermula tahun 1950 bagi menghalang gerakan Min Yuen dalam kalangan rakyat awam semasa Darurat Tanah Melayu berlaku.

Jelas Ahli Dewan Negara itu, rancangan tersebut bertujuan untuk menumpaskan TPRM yang kebiasaannya bergerak di kawasan luar bandar sebagai gerakan gerila dengan mencantas ketersampaian mereka kepada bekalan dan sokongan dalam kalangan penduduk luar bandar.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950 menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula itu kerana dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

Azhar berkata, semua pihak perlu sedar akan kesan pengiktirafan tersebut dan ia tidak seharusnya dibangkitkan oleh mana-mana pihak demi menjaga keharmonian masyarakat di negara ini.

Sebelum ini, terdapat cadangan agar kampung baru Cina dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah penempatan itu.

Bagaimanapun hasrat itu mengundang kritikan pelbagai pihak terutama UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Media juga melaporkan UMNO menolak sekeras-kerasnya cadangan itu kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.

Pada Selasa, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming ketika ditemui pemberita enggan memanjangkan lagi isu cadangan tersebut kerana dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak polemik dan