Negara perlu lebih ramai rakyat seperti Ming Youn

Ming Youn menjadi satu-satunya pemuda berbangsa Cina yang berjaya menamatkan latihan selama 12 minggu setelah mengharungi pelbagai peringkat latihan.
Ming Youn menjadi satu-satunya pemuda berbangsa Cina yang berjaya menamatkan latihan selama 12 minggu setelah mengharungi pelbagai peringkat latihan.
A
A
A

MAHU berkhidmat untuk negara, Panglima!

Itulah ungkapan penuh bertenaga dan jitu daripada Leftenan Muda Chan Ming Youn daripada Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah ketika dianugerahkan beret hijau serta pisau dalam perbarisan tamat kursus asas komando.

Berusia 25 tahun, Ming Youn menjadi satu-satunya pemuda berbangsa Cina yang berjaya menamatkan latihan selama 12 minggu setelah mengharungi pelbagai peringkat latihan.

Merak Jalanan berasa sangat bangga dan kagum dengan keputusan yang diambil Leftenan Muda itu untuk berada dalam bidang ketenteraan.

Manakan tidak, semua tahu tidak ramai kaum bukan Melayu menceburi bidang ini sehinggakan Menteri Pertahanan yang bertukar ganti tetap menjadikan agenda utama mereka adalah menarik minat kaum bukan Melayu sertai tentera.

Namun dengan semangat yang tidak pernah padam, siap cabar diri untuk menjadi komando, Leftenan Muda ini membuktikan kaum selain bumiputera juga ada yang meminati bidang tersebut.

Tahniah anak muda! Namun Merak Jalanan bukan nampak semangat komando yang ada pada Ming Youn sahaja, tetapi juga tahap penguasaan bahasa Melayu yang sangat baik.

Bangga sungguh! Susunan ayat, penggunaan kata-kata tersusun rapi. Merak Jalanan yang mendengar Ming Youn bercakap pun boleh terpana sebab fasihnya bertutur dalam bahasa ibunda. Kiranya lengkap pakej jadi perajurit.

Artikel Berkaitan:

Jadi, untuk anak-anak muda Melayu yang masih tiada hala tuju, masih minta duit kat mak ayah untuk 'make up' motor hanya untuk merempit, hentikanlah.

Cuba jadikan Ming Youn ni idola. Dah orang Melayu yang berjaya kamu buat tak reti je, jadikan orang bukan Melayu pula sebagai perangsang untuk berjaya.

Untuk Ming Youn, semoga terus sukses sebagai komando dan kekal semangat menjaga tanah air kita. Syabas!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!