Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak akan bercanggah

Hilmi Abdullah
Hilmi Abdullah
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, proses tersebut dibuat berlandaskan kepada peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 atau Akta 171.

Hilmi (tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik Arika@Kubang Kerian di Kota Bharu.
Hilmi (tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik Arika@Kubang Kerian di Kota Bharu.

"Ia tidak akan bercanggah sebagaimana yang berlaku kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1 kerana kita (kerajaan negeri) mempunyai punca kuasa di bawah Akta 171," katanya semasa ditemui pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik Arika@Kubang Kerian di sini pada Ahad.

Menurut beliau, Akta 171 itu memperuntukkan kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengawal selia aktiviti-aktiviti hiburan dari segi permit dan lesen hiburan.

Hilmi (tiga,kanan) semasa hadir pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik Arika@Kubang Kerian di Kota Bharu.
Hilmi (tiga,kanan) semasa hadir pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik Arika@Kubang Kerian di Kota Bharu.

Ujarnya, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) pula akan mengambil tindakan berkait dengan artis.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: