SPRM tahan timbalan pengarah agensi kerajaan

Suspek dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman.
Suspek dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman.
A
A
A

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman dua individu termasuk seorang timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan.

Penahanan itu dibuat bagi membolehkan SPRM melakukan siasatan terhadap pegawai kerajaan itu yang dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah RM270,000 daripada kontraktor sebagai balasan mendapatkan projek.

Majistret Mahkamah Putrajaya, Low Wen Zhen membenarkan kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 13 Januari.

Semalam, timbalan pengarah berusia 42 tahun itu ditahan di sebuah restoran di pusat beli-belah di Putrajaya kira-kira jam 8 malam ketika melakukan urusan menerima duit tersebut.

Turut ditahan ialah seorang lelaki berusia 43 tahun yang bekerja sebagai pengutip hutang di lokasi dan waktu sama bagi melakukan urusan berkenaan.

No Image Caption

Menurut sumber, timbalan pengarah tersebut telah meminta wang rasuah berjumlah RM270,000 itu daripada seorang konsultan kononnya sebagai balasan mendapatkan projek membina menara komunikasi bernilai kira-kira 31 juta di Kelantan dan Terengganu.

Tambah sumber itu lagi, suspek juga telah menerima bayaran beberapa kali berjumlah RM248,000 sekitar tahun 2015 dan 2016, sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM50,000 yang merupakan sebahagian daripada jumlah RM270,000 yang diminta.

Sementara itu, Timbalan Ketua Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.