Tarikh sidang DUN: Ismail sahkan sedang usaha dapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan 

Ismail ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Perpatih Fest di sini pada Jumaat.
Ismail ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Perpatih Fest di sini pada Jumaat.
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim memaklumkan bahawa beliau belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berhubung tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Tanpa menyebut nama Tuanku Muhriz Tuanku Munawir atau Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar, beliau berkata, perkara itu sedang diusahakannya.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, persidangan  DUN terbabit dijadualkan berlangsung pada 26 November, diikuti dengan pembentangan belanjawan pada 27 November.

"Sedang berusaha (dapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan)

"Tapi seperti mana yang saya sebut sebelum ini, itulah...27 November lebih kurang. Tengok macam mana," katanya ringkas ditemui pemberita selepas merasmikan Perpatih Fest di sini pada Jumaat.

Ismail (dua dari kiri) membuat gimik perasmian Perpatih Fest 2026.
Ismail (dua dari kiri) membuat gimik perasmian Perpatih Fest 2026.

Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita samada sudah mendapat perkenan Tuanku Muhriz berkenaan tarikh sidang DUN akan datang.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang masih belum menerima sebarang makluman rasmi berhubung persidangan yang dijadualkan berlangsung November ini.

Artikel Berkaitan:

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai itu berkata, sekiranya tarikh tersebut telah mendapat perkenan baginda, semestinya setiap ADUN sudah dimaklumkan.

Dalam pada itu, mengulas kenyataan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun bahawa DUN Negeri Sembilan boleh terbubar dengan sendirinya pada Februari 2027 sekiranya tiada persidangan diadakan sehingga tempoh berkenaan, Ismail berkata, beliau tidak pasti mengenai perkara itu.

Ujarnya, perkara berkenaan perlu dirujuk kepada peruntukan undang-undang berkaitan bagi mendapatkan kepastian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!