'Love scam' jerat ajak buat pelaburan

Ramli ketika ditemui pemberita selepas Majlis Tayangan Perdana Filem Oppa di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada Selasa.
Ramli ketika ditemui pemberita selepas Majlis Tayangan Perdana Filem Oppa di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada Selasa.
A
A
A

PETALING JAYA - 'Bercinta' di media sosial sebelum dijerat sindiket penipuan untuk membuat pelaburan antara taktik baharu 'love scam' yang dikesan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya percaya terdapat ramai individu atau mangsa yang tidak buat laporan polis babit kes penipuan ini.

Menurutnya, ini kerana 'love scam' ini adalah jenayah yang melibatkan 'personal' individu berkaitan terutama orang yang berseorangan.

"Mangsa kebanyakan terdiri daripada mereka yang mempunyai banyak masa layari sosial media akhirnya terjebak.

"Kemudian daripada pertalian ini bermulalah menjadi seolah percintaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Tayangan Perdana Filem Oppa di GSC Starling Mall di sini pada Selasa.

Tambah Ramli, taktik terbaharu sindiket adalah untuk membina talian percintaan dan akhirnya menceritakan peluang pelaburan sehinggalah mangsa terjebak melabur.

"Ada kes tahun lepas kita siasat seorang wanita rugi RM4 juta akibat kes sedemikian," ujarnya.

Ujar beliau, percintaan melalui media sosial seperti Facebook kebanyakan adalah tidak benar, bila diketahui sebenarnya ia sangat memilukan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ada golongan isteri yang diperdaya hingga mengakibatkan keruntugan rumah tangga dan lari mengikut scammer terbabit.

"Ini adalah kes benar daripada fail polis," katanya.

Mengulas mengenai filem bertajuk Oppa, Ramli memberitahu, ia adalah satu kerjasama strategik yang inovatif pertama kali dihasilkan PDRM bersama Dream Film Sdn Bhd bagi menyampaikan impak bahaya penipuan cinta selain mendidik masyarakat daripada menjadi mangsa.

Menurutnya, selain kempen, ceramah dan pameran, melalui filem Oppa antara medium pembanterasan jenayah komersial.

"Saya berpuas hati dengan jalan cerita (Oppa) dan ia selari dengan situasi semasa hari ini.

"Kita sering melaporkan kes yang sentiasa berlaku dan dalam konteks ini, saya katakan ia selari dalam dunia sekarang ini. Ini yang dipaparkan di filem ini," katanya.

Kata Ramli, beliau juga difahamkan dalam tempoh dua minggu lalu sejak 1 April, terdapat 14 kes 'love scam' dilaporkan di mana nisbah sebanyak satu kes sehari.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!