Banjir masih terkawal, polis sangkal dakwaan di media sosial

Nik Amiruddin (dua dari kiri) berbincang bersama wakil pasukan keselamatan yang terlibat dalam operasi menyelamat.
Nik Amiruddin (dua dari kiri) berbincang bersama wakil pasukan keselamatan yang terlibat dalam operasi menyelamat.
A
A
A

PASIR MAS - Keadaan banjir di Rantau Panjang khasnya dan Kelantan amnya tidak kritikal seperti yang didakwa pihak tertentu malah masih terkawal.

Justeru, Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Supenrintendan Nik Amiruddin Raja Abdullah menasihatkan masyarakat supaya tidak mempercayai dakwaan itu dan memaklumkan jumlah mangsa banjir juga tidak seramai tahun lalu dalam tempoh sama.

"Kita tidak boleh kata kritikal kerana setiap tahun situasinya hampir sama dan pernah tahun sebelum ini hampir 40 pusat pemindahan dibuka manakala mangsa pula mencecah hingga 11,000 orang.

"Saya menasihatkan netizen supaya tidak membawa isu yang salah dan sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan polis," katanya ketika sidang media di Balai Polis Repek pada Selasa.

Menurut Nik Amiruddin, situasi terkini berlaku hukan renyai dan paras asir di Sungai Golok ialah 11.04 meter dengan keadaan masih mendatar.

Nik Amiruddin
Nik Amiruddin

"Kita berharap air Sungai Golok menurun dan menjadikan keadaan banjir bertambah baik," katanya.

Bagaimanapun jelas beliau lagi, mengikut situasi sebelum ini, akan ada mangsa yang berpindah selain pertambahan pusat pemindahan sementara.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, jelas beliau sebanyak 24 pusat pemindahan banjir dibuka melibatkan 7,698 mangsa.

Tambah beliau, sebanyak sembilan pegawai dan 159 anggota membabitkan anggota keselamatan termasuk polis, tentera, Angkatan Pertahanan Awan Malaysia (APM) sudah keluar untuk operasi menyelamat.

"Kita turut dibantu pasukan Smart Team yang tiba pagi tadi," katanya.

Selain itu, Nik Amiruddin turut memaklumkan Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang ditutup kepada semua kenderaan ringan berikutan air naik setinggi satu meter.

"Kebanyakan laluan ke bandar Rantau Panjang sudah dinaiki air dan tidak boleh dilalui tetapi kita tetap meneruskan operasi menyelamat menggunakan kenderaan di air," katanya.