X

Kindly register in order to view this article
!

Pelekat amaran larangan merokok atas meja makan

EXCO Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, S Veerapan(tiga dari kiri) memuji usaha pendidikan dilakukan Syah(dua dari kiri)
A
A

SEREMBAN - Biarpun hanya mengusahakan gerai, seorang peniaga tetap mengambil inisiatif memasang pelekat larangan merokok di atas meja makan sebagai amaran supaya pelanggan tidak sewenang-wenangnya merokok di tempatnya mencari rezeki.

Syah Ibrahim, 60, berkata, meskipun dia hanya berniaga makanan di gerai, namun sebelum penguatkuasaan larangan merokok dikuatkuasakan, dia sudah mengambil langkah memasang pelekat larangan merokok pada meja makan untuk mendidik pelanggannya supaya tidak berbuat demikian.

Menurutnya, langkah itu diambil bagi memastikan pelanggannya tidak merokok dan pada masa sama menghormati pelanggan lain yang tidak merokok terutama kanak-kanak.

"Saya memang tidak merokok dan isteri saya pula memang tidak tahan bau asap rokok. Jadi saya memang akan pastikan tiada pelanggan merokok di kawasan saya berniaga.

"Bila saya letak pelekat atau pasang papan tanda itu, setidaknya perokok lebih jelas itu zon larangan merokok. Walaupun bukan restoran atau kedai makan, tapi kerajaan dah beritahu tempat makan, memang tak boleh (merokok)," katanya.

Meskipun hanya berniaga di gerai, namun Syah memasang pelekat larangan merokok pada semua meja makannya.
Meskipun hanya berniaga di gerai, namun Syah memasang pelekat larangan merokok pada semua meja makannya.

Malah katanya, penguatkuasaan itu juga memberi lebih kuasa kepadanya untuk menegur pelanggan yang tidak mematuhinya.

Ini kerana kata Syah, dia sebagai pemilik gerai juga boleh dikenakan tindakan jika 'ditangkap' penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

"Kalau dulu, saya rasa serba salah juga mahu menegur. Tapi sekarang saya akan terus tegur mereka dengan cara baik jika nampak mereka merokok.

"Sejak penguatkuasaan ini, tak pernah lagi ada pelanggan saya merokok. Saya harap ia berterusan dan bukannya ketika awal penguatkuasaan saja," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!