PRK Ayer Kuning eksperimen akhir Pas, UMNO sebelum PRU16

Mohd Yusri ketika dalam Wacana Sinar edisi-476 bertajuk Ustaz, Ayer Kuning Tunggu Mu Datang yang bertempat di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Selasa.
Mohd Yusri ketika dalam Wacana Sinar edisi-476 bertajuk Ustaz, Ayer Kuning Tunggu Mu Datang yang bertempat di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dilihat menjadi eksperimen peringkat akhir parti politik sebelum mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) tidak lama lagi.

Pensyarah Program Pengajian Polisi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, ia kerana parti politik khususnya UMNO dan Pas menjadikan PRK kali ini sebagai keutamaan untuk mengukur potensi keupayaan mereka sekali gus mengatur strategi untuk mendepani PRU16.

“UMNO sebagaimana kita tahu mereka mewakili Barisan Nasional (BN) berada dalam kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan parti lain membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Namun kerjasama itu ada untung dan ruginya. Contohnya dari segmen Melayu, momokan, ejekan serta perspektif yang mengaitkan UMNO dengan DAP masih lagi tidak pudar di peringkat akar umbi

“Jadi dalam PRK Ayer Kuning, UMNO akan cuba melihat adakah untuk PRU16 nanti, mereka akan kekal bersama PH atau memilih haluan sendiri,” katanya.

MOHD YUSRI
MOHD YUSRI

Beliau berkata demikian ketika Wacana Sinar edisi-476 bertajuk Ustaz, Ayer Kuning Tunggu Mu Datang yang bertempat di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa.

Antara panelis lain terlibat ialah Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad dan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Pas Perak, Ismad Shahril Che Mat.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai potensi kerjasama Muafakat Nasional (MN), ujar Mohd Yusri, sesebuah gabungan politik yang ideal perlu dilihat dari segi kestabilan dan kekuatan kerjasama berkenaan.

“Citarasa MN itu umpama citarasa seksi. Ibarat kita memilih pasangan cinta yang menarik secara optik tetapi dalam cinta sebenar ia melibatkan pakej keseluruhan, bukan sekadar penampilan sahaja.

“Walaupun MN dilihat cantik, bercakap tentang penyatuan Melayu dan ummah tetapi dalam konteks Malaysia, model kerjasama itu pada saya ia tidak ideal kerana dengan kerangka MN sedia ada, kecuali kalau ingin dikembangkan lagi,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!