Pakar bimbang berlaku lambakan graduan PISMP

Dr Anuar (gambar kecil) menzahirkan kebimbangan sama ada tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperluas pengambilan calon guru tajaan bagi PISMP menyebabkan berlakunya lambakan. Gambar hiasan (Gambar kecil: Anuar)
Dr Anuar (gambar kecil) menzahirkan kebimbangan sama ada tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperluas pengambilan calon guru tajaan bagi PISMP menyebabkan berlakunya lambakan. Gambar hiasan (Gambar kecil: Anuar)
A
A
A

SHAH ALAM - Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad menzahirkan kebimbangan sama ada tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperluas pengambilan calon guru tajaan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) menyebabkan berlakunya lambakan.

Beliau turut mempersoal tentang nasib yang akan dialami oleh graduan berkenaan sekiranya mereka menganggur.

Menurutnya, fakulti pendidikan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah melaksanakan pengambilan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk kemasukan ke PISMP.

“Amalannya, lepasan PISMP di IPTA akan ditempatkan di sekolah menengah dan lepasan PISMP di IPGM akan ditempatkan di sekolah rendah.

“Apakah selepas ini akan berlaku perubahan kepada amalan ini? Program PISMP adalah selama empat tahun. Apakah tempoh latihan ini adalah sama bagi ambilan lepasan SPM dan STPM?

“Apakah pengetahuan dan kemahiran latihan keguruan mereka masih relevan untuk pekerjaan di luar sektor pendidikan? Apakah sudah difikirkan impak dasar ini untuk jangka panjang?” soalnya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Isnin.

Pada Ahad, media melaporkan KPM mengambil inisiatif memperluaskan pengambilan calon guru tajaan bagi mengikuti latihan pra perkhidmatan PISMP mulai ambilan tahun ini.

Menurut kementerian itu, ia bertujuan untuk membuka peluang kepada lebih ramai calon yang berminat menjadi guru untuk memohon kemasukan ke program PISMP.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, ia juga dapat memastikan calon terbaik dipilih bagi mengikuti program itu.