Iran akhirnya ‘tunai janji’ serang Israel

Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

KETIKA separuh penduduk dunia sedang nyenyak diulit mimpi indah, ruang udara Israel dihujani lebih 200 dron, peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh Iran pada Sabtu.

Iran sebelum ini telah berikrar akan membalas dendam atas serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik pada 1 April yang membunuh tujuh pegawai Pengawal Revolusi termasuk dua komander kanan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum ini dengan angkuh bahawa tentera rejimnya bersedia menghadapi sebarang tindakan Iran.

Menurut Netanyahu, sistem pertahanan mereka sudah dalam keadaan siap siaga, sejak beberapa minggu lalu dan katanya, rakyat Israel dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga bersedia menghadapi serangan Iran.

Sebaliknya, sebaik diserang bertubi-tubi Duta Besar Israel ke PBB, Gilad Erdan menulis surat kepada rakan sejawatannya dari Malta, yang kini mengetuai Majlis Keselamatan PBB, meminta badan tertinggi itu mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan dengan segera untuk mengutuk serangan Iran.

Erdan juga menggesa PBB agar segera bertindak untuk menetapkan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) yang merupakan cabang utama pelbagai perkhidmatan Angkatan Tentera Iran, sebagai organisasi pengganas.

Sementara itu, tindakan pantas Malaysia Airlines (MAS) mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang memuncak di Timur Tengah harus dipuji.

Selain MAS, Air India, Qantas Australia serta syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa adalah antara syarikat penerbangan pertama yang mengubah laluan penerbangan buat sementara waktu kerana bimbang krisis Iran-Israel.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri Luar, Datuk Seri Fadillah Yusof menasihatkan rakyat Malaysia mengelakkan dahulu pergi ke mana-mana tempat berisiko tinggi, sama ada Iran atau negara berdekatan.

Tambah beliau, Wisma Putra perlu sentiasa memerhatikan perkembangan insiden ini dari masa ke masa dan sekiranya perlu ambil tindakan untuk bawa keluar rakyat kita daripada mana-mana tempat mempunyai risiko yang boleh berlaku serangan.

Persoalan kini, adakah serangan ini untuk membela Gaza atau disebabkan provokasi Israel di Syria atau adakah serangan ini sebenarnya memang dimahukan Israel bagi mewajarkan peluasan penaklukan ke wilayah lain?

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!