Iran beri amaran minta AS tidak masuk campur

A
A
A

TEHERAN - Iran memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) untuk 'menjauhkan diri' daripada konflik dengan Israel selepas Teheran melancarkan serangan dan peluru berpandu sebagai 'balas dendam' terhadap rejim yang membunuh dua jeneralnya pada 1 April lalu.

"Tindakan ketenteraan Iran adalah tindak balas terhadap pencerobohan rejim zionis terhadap serangan di bangunan konsulat kami di Damsyik.

"Sekiranya rejim Israel membuat kesilapan lagi, tindak balas Iran akan menjadi lebih teruk. Ini adalah konflik antara Iran dan rejim Israel dan AS jangan terbabit," menurut ciapan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Iran di platform X.

Tambahnya, tindakan ini sebagai menghukum serangan Israel terhadap terhadap misi diplomatiknya tidak akan membawa kepada peningkatan perang lebih lanjut dan 'perkara itu boleh dianggap selesai'.

Dalam pada itu, Pentagon mengesahkan bahawa AS telah menembak jatuh dron menuju ke Israel dan Britain bersedia membantu mereka.

Serangan 1 April, yang dipersalahkan secara meluas ke atas Israel telah meratakan bangunan konsulat lima tingkat milik kedutaan Iran di Damsyik dan membunuh tujuh Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC), termasuk dua jeneral mereka.

IRGC memberi amaran kepada Israel dan As bahawa tindakan diambil mereka akan menerima balasan setimpal.

“Kami menekankan bahawa sebarang ancaman oleh Amerika dan rejim zionis dari mana-mana negara akan menghasilkan tindak balas yang berbalas bersesuaian,” kata IRGC dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Iran berkata bahawa serangan ke atas Israel sebagai tindakan "mempertahankan diri" berikutan serangan terhadap misi diplomatiknya sebelum ini. - AFP