'Surah al-Jumu'ah bentuk ummah lebih baik' - Tunku Syed Razman

Tunku Syed Razman (dua kanan) menyampaikan cenderahati kepada tetamu yang hadir, turut kelihatan Mohamad Norlizam (tiga kanan).
Tunku Syed Razman (dua kanan) menyampaikan cenderahati kepada tetamu yang hadir, turut kelihatan Mohamad Norlizam (tiga kanan).
A
A
A

PORT DICKSON - Program World #QuranHour 2024 (WQH 2024) yang menjadikan Surah al-Jumu'ah sebagai pemilihan bacaan pada kali ini bertepatan dalam usaha memperbaiki diri dan peringatan tentang tujuan hidup di bumi ALLAH SWT yang luas ini.

Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri berkata, bersesuaian dengan makna dan isi al-Quran serta sunah itu sendiri dalam membentuk ummah menjadi insan yang lebih baik.

Program World #QuranHour2024 (WQH 2024) di Masjid RAMD, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini pada Khamis yang turut mendapat kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk sekolah di Negeri Sembilan.
Program World #QuranHour2024 (WQH 2024) di Masjid RAMD, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini pada Khamis yang turut mendapat kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk sekolah di Negeri Sembilan.

"Apatah lagi ia (membaca al-Quran) diadakan dalam bulan Ramadan dengan penuh kemuliaan ini dan saya harap ia akan menjadi iktibar untuk kita sama-sama muhasabah untuk ke arah masa depan jati diri yang lebih cemerlang.

"Tidak kiralah dalam kalangan orang awam ataupun anggota tentera, sewajarnya amalan membaca al-Quran ini diteruskan sekali gus dapat melahirkan insan dan pemimpin yang berakhlak mulia untuk agama serta bangsa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas selesai program World #QuranHour2024 (WQH 2024) di Masjid RAMD, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) dekat sini pada Khamis yang turut mendapat kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk sekolah di Negeri Sembilan.

Warga tentera turut meriahkan program berkenaan.
Warga tentera turut meriahkan program berkenaan.

Hadir sama, Panglima Briged Pertama Infantri Malaysia, Brigadier Jeneral Datuk Mohamad Norlizam Syamsudin.

Artikel Berkaitan:

Surah al-Jumu’ah yang diangkat pada program World #QuranHour2024 (WQH 2024) menjadi panduan kepada umat Islam terutama golongan pemimpin, ahli ulama dan masyarakat untuk transformasi kehidupan lebih baik.

Dalam pada itu, Mohamad Norlizam berkata, program ini merupakan kempen berimpak tinggi yang menggalakkan ummah dengan al-Quran melalui pembacaan,pemahaman serta amalan.

Program yang turut dihadiri murid sekolah.
Program yang turut dihadiri murid sekolah.

"Usaha ini bagi menggarap nilai-nilai mulia yang dihayati daripada surah-surah di dalam al-Quran bagi membentuk cara hidup yang lebih mampan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Dr Roslan Hussin berkata, pihaknya sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama yang baik terutamanya dalam melibatkan program seumpama ini.

Antara yang hadir pada program berkenaan.
Antara yang hadir pada program berkenaan.

Katanya, ia susulan dapat membentuk warga pendidik, pelajar dan murid ke arah pembentukan sahsiah diri yang lebih baik dalam mendepani hidup yang mencabar kini.

"Dalam masa sama dapatlah menyemarakkan lagi penghayatan dalam kehidupan sebenar yang dianjurkan oleh agama Islam," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!