Bacaan surah al-Jumu'ah bergema di padang MBK1

Padang MBK 1 yang menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk berbuka puasa julung kali dipilih sebagai lokasi utama program World #QuranHour peringkat negeri Pahang kali ini.
Padang MBK 1 yang menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk berbuka puasa julung kali dipilih sebagai lokasi utama program World #QuranHour peringkat negeri Pahang kali ini.
A
A
A

KUANTAN - Bacaan surah al-Jumu'ah bergema di padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (MBK1) sempena berlangsungnya program World #QuranHour peringkat negeri Pahang pada Khamis.

Bacaan surah al-Jumu'ah ayat satu hingga 11 itu dipimpin qari, Imam Masjid Daerah Muadzam Shah, Muhammad Fadzli Ishak menjadi pengisian rohani kepada pengunjung yang memenuhi kawasan padang itu sementara menunggu waktu berbuka.

Pengerusi Sekretariat Rumah Ngaji Pahang merangkap moderator program, Md Abdu Sahak berkata, selain dapat mendengar alunan bacaan surah al Jumu'ah, pengunjung juga dapat memahami isi dan pengertian di sebalik kandungan surah disampaikan pentadabur, Dekan Pusat Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA), Mohamad Hilmi Mat Said.

Md Abdu (dua dari kanan) bersama Muhammad Fadzli (dua dari kiri) dan Mohamad Hilmi bergambar selepas selesai program World #QuranHour peringkat negeri Pahang di Padang MBK1 di sini pada Khamis.
Md Abdu (dua dari kanan) bersama Muhammad Fadzli (dua dari kiri) dan Mohamad Hilmi bergambar selepas selesai program World #QuranHour peringkat negeri Pahang di Padang MBK1 di sini pada Khamis.

Menurutnya, sekurang-kurangnya, segala yang disampaikan itu dapat dijadikan panduan hidup sepanjang masa.

"Allhamdulillah, program berjalan lancar walaupun kali pertama diadakan secara santai dan terbuka.

"Ia juga satu peluang berharga kepada orang ramai untuk bersama kerana program ini terbuka kepada umum," katanya.

Md Abdu berkata, aktiviti kerohanian sememangnya berjalan sepanjang Ramadan di lokasi itu.

Artikel Berkaitan:

"Jadi kita ambil kesempatan dan ruang yang ada untuk mengadakan program ini di sini bermula jam 6 hingga 7 petang sedangkan di lokasi lain berlangsung serentak jam 11 pagi hingga 12 tengah hari hari ini (Khamis).

Salah satu keluarga yang datang berbuka di Padang MBK 1 dan sempat bersama mengikuti bacaan dan tadabur surah al-Jumu'ah sempena World #QuranHour peringkat negeri Pahang di lokasi itu pada Khamis.
Salah satu keluarga yang datang berbuka di Padang MBK 1 dan sempat bersama mengikuti bacaan dan tadabur surah al-Jumu'ah sempena World #QuranHour peringkat negeri Pahang di lokasi itu pada Khamis.

"Ada sedikit kelainan tahun ini apabila program dilaksanakan menjelang waktu berbuka puasa dan menjadikan lokasi tumpuan ramai ini sebagai lokasi," katanya.

Menurutnya, langkah itu secara tidak langsung dapat menarik perhatian pengunjung yang ada untuk sama-sama mendengar bacaan al-Quran sambil bersiap berbuka puasa.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28