Alunan surah al-Jumu’ah bergema di enam lokasi di Pulau Pinang

Antara yang mengambil bahagian dalam kempen #World Quran Hour di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah pada Khamis.
Antara yang mengambil bahagian dalam kempen #World Quran Hour di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah pada Khamis.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Bacaan surah al-Jumu’ah bergema di enam lokasi penganjuran #World Quran Hour peringkat Pulau Pinang yang dijalankan serentak di seluruh negara pada Khamis.

Masjid Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda dekat sini menjadi lokasi perdana di negeri ini dan berjaya menghimpunkan kira-kira 500 peserta dari pelbagai organisasi.

Penganjuran program yang dikendalikan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Mohamad ketika berucap berkata, penganjuran kempen #World Quran Hour ini bukan sahaja dapat mengukuhkan budaya membaca Al Quran bahkan dapat meningkatkan kesedaran serta penghayatan al-Quran khususnya di bulan Ramadan.

"Pengisian program satu jam bersama al-Quran dengan bertadabbur surah al Jumu’ah pada tahun ini dijalankan serentak di seluruh Malaysia iaitu jalinan Kerjasama Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Awam Semalaysia.

"Mengangkat tema "Ummah #GrandReset: Kesatuan dan Transformasi Sosial” dengan menjadikan hari Jumaat, hari perkumpulan umat Islam setiap minggu sebagai momentum penting bagi reset minda ummah seluruh dunia,"katanya.

ADUN Tenang, Haslinda Salleh (kanan) menyertai World #QuranHour 2024 yang diadakan di Masjid Jamek Labis, Segamat pada Khamis.
ADUN Tenang, Haslinda Salleh (kanan) menyertai World #QuranHour 2024 yang diadakan di Masjid Jamek Labis, Segamat pada Khamis.

Beliau berkata, pemilihan Surah al-Jumu'ah sebagai surah pilihan, antara lain bagi memupuk kefahaman dan memangkin perubahan positif serta transformasi masyarakat di peringkat global.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, Ibrah (pengajaran) yang terpancar dari firman Ilahi tidak dilorongkan khusus buat orang beriman, sebaliknya ia adalah petunjuk buat seluruh umat manusia (hudan linnas).

Selain di Masjid Daerah Seberang Perai, acara sama dijalankan di Maktab Rendah Sains Mara Kepala Batas, Institut Perguruan Tuanku Bainun, Penjara Reman Pulau Pinang, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Syeikh Abdullah Fahim dan Masjid Daerah Seberang Perai Selatan di Jawi.

Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang merakamkan gambar kenangan kempen #World Quran Hour di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah pada Khamis.
Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang merakamkan gambar kenangan kempen #World Quran Hour di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah pada Khamis.

Rumah Ngaji Pulau Pinang turut menganjurkan kempen sama di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas yang diadakan pada sebelah petang.

SEMENTARA itu di Johor, program World #QuranHour 2024 yang diadakan di Masjid Jamek Labis, Segamat berjalan lancar dengan disertai lebih 500 peserta.

Pengerusi Rumah Ngaji Johor, Yusof Jamar berkata, buat julung kalinya World #QuranHour memilih Segamat sebagai lokasi penganjuran program yang diadakan pada bulan Ramadan kali ini.

Menurut beliau, lokasi bagi penganjuran World #QuranHour diadakan di daerah berbeza setiap tahun bertujuan mendekati masyarakat dari semua daerah.

"Tidak hanya memberi tumpuan di masjid sekitar Johor Bahru sahaja, pemilihan lokasi ini bertepatan dengan matlamat kami mahu mengajak orang ramai bersama-sama membudayakan bacaan al-Quran.

World #QuranHour 2024 yang diadakan di Masjid Jamek Labis, Segamat.
World #QuranHour 2024 yang diadakan di Masjid Jamek Labis, Segamat.

"Usaha memperkasa budaya membaca al-Quran ke setiap daerah telah bermula sejak lima tahun lalu dan ia merupakan kaedah mendekatkan masyarakat dari semua daerah untuk bersama-sama menghayati ayat serta makna kitab suci ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Dalam pada itu, majlis tersebut turut dimeriahkan guru al-Quran, pelajar tahfiz dan sekolah serta penduduk kampung sekitar Labis, Segamat.

Turut menyertai program, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Haslinda Salleh.

Jelasnya, bagi memeriahkan acara, agihan bubur lambuk turut dilakukan kepada jemaah dan tetamu yang hadir.

"Selain daripada masyarakat sekitar Segamat, kami juga turut menjemput pelajar-pelajar dan guru-guru dari Johor Bahru dan Batu Pahat untuk bersama-sama memeriahkan majlis kali ini," katanya.

World #QuranHour kesembilan mengangkat tema ‘Ummah #GrandReset: Kesatuan & Transformasi Sosial’ dengan berpandukan surah al-Jumu’ah.

Pendekatan Ummah #GrandReset itu menyasarkan perubahan kesatuan dan sosial bagi umat Islam dengan tiga objektif iaitu Ulama, Umara dan Ummah sebagai formula menuju kemenangan akhir zaman.

Surah al-Jumu'ah adalah salah satu daripada tujuh surah musabbihat dengan menjadikan hari Jumaat, hari perkumpulan umat Islam setiap minggu sebagai momentum penting bagi transformasi minda ummah seluruh dunia.

Masjid Negara, dipilih sebagai lokasi perdana bagi penganjuran program interaksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal kali ini.

Program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tahun ini juga lebih bermakna dengan keberangkatan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!