Pulau Pinang mampu capai sifar kemiskinan

Reezal (kanan) menyampaikan sumbangan kepada 400 anak yatim dan asnaf menerusi Majlis Kasih Ramadan, Ceria Aidilfitri Peringkat Kepala Batas, di Kompleks Sukan MBSP pada Sabtu.
Reezal (kanan) menyampaikan sumbangan kepada 400 anak yatim dan asnaf menerusi Majlis Kasih Ramadan, Ceria Aidilfitri Peringkat Kepala Batas, di Kompleks Sukan MBSP pada Sabtu.
A
A
A

KEPALA BATAS - Hasrat Pulau Pinang untuk mencapai sifar kemiskinan tegar dapat dicapai dengan penglibatan semua pihak termsuk antara agensi kerajaan dan komuniti setempat.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kewujudan mereka yang berdepan kesusahan kadang kala sukar dijangka dan memerlukan perhatian.

"Mungkin tahun lepas mereka berada dalam keadaan senang tetapi sebaliknya pula berlaku pada tahun ini.

“Ada antaranya diuji dengan kehilangan pekerjaan, kelewatan gaji dan ada juga ketua keluarga yang meninggal dunia menyebabkan keluarga hilang mata pencarian,"katanya ketika berucap sebelum menyampaikan sumbangan kepada 400 anak yatim dan asnaf menerusi Majlis Kasih Ramadan, Ceria Aidilfitri Peringkat Kepala Batas, di Kompleks Sukan MBSP pada Sabtu.

Reezal yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas berkata, bantuan perlu diteruskan dan ia tidak akan terhenti kerana ini soal tanggungjawab yang perlu dipikul oleh semua pihak sekali gus membantu memastikan sifar kemiskinan dapat dicapai.

Mengulas mengenai bantuan yang disampaikan, Reezal berkata, program itu antara usaha yang dijalankan bagi menyokong matlamat Kerajaan Negeri sekali gus memastikan tiada individu yang keciciran daripada menerima bantuan yang diperlukan.

“Usaha pembasmian kemiskinan secara menyeluruh memerlukan sokongan, komitmen dan penyertaan yang aktif dari kalangan masyarakat setempat.

Artikel Berkaitan:

“Saya bersyukur kerana sikap peduli dan cakna dalam kalangan penduduk Kepala Batas amat tinggi, dan bantuan seumpama ini akan diteruskan bagi meringankan beban sempena perayaan Syawal yang bakal menjelang,” katanya.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pulau Pinang dijangka mencapai sifar kemiskinan tegar menjelang 1 Jun tahun ini.

Anwar berkata, ini kerana, kerajaan sentiasa mengutamakan bantuan untuk golongan berpendapatan rendah dan mereka di bawah garis kemiskinan tegar.

"Keutamaan diberikan untuk kategori keluarga di bawah kemiskinan tegar, dengan kerjasama kerajaan negeri dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) ia (isu kemiskinan tegar) telah diselesaikan dalam tempoh sebulan.

"Maknanya 1 Jun tahun ini, Pulau Pinang akan catat kosong kemiskinan tegar, itu satu yang amat membanggakan," katanya selepas menghadiri Taklimat Pembangunan Pulau Pinang di Pejabat Ketua Menteri, di Komtar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!