Ratusan sekolah di Filipina tutup akibat cuaca panas

Sebahagian pelajar menggunakan payung bagi melindungi diri mereka daripada bahang panas matahari ketika beratur di luar sekolah mereka di Manila pada Selasa. Foto AFP
Sebahagian pelajar menggunakan payung bagi melindungi diri mereka daripada bahang panas matahari ketika beratur di luar sekolah mereka di Manila pada Selasa. Foto AFP
A
A
A

MANILA - Ratusan sekolah di Filipina termasuk puluhan sekolah di Manila terpaksa menangguhkan sesi persekolahan pada Selasa disebabkan gelombang panas yang mencecah peringkat bahaya, kata pegawai pendidikan negara itu.

Ramalan cuaca memaklumkan, indeks suhu mampu mencapai 'tahap bahaya' iaitu 42 darjah Celsius di ibu negara itu dan dijangka mencecah 43 darjah Celsius pada Rabu.

Suhu tertinggi yang pernah direkodkan di Manila ialah 38.6 darjah Celsius pada 17 Mei 1915.

Sekolah rendah dan menengah di Quezon, bahagian paling ramai penduduk di ibu kota, diarah tutup, manakala sekolah di kawasan lain diberi pilihan oleh pegawai pendidikan untuk beralih kepada pembelajaran jarak jauh.

Indeks haba antara 42 hingga 51 darjah Celcius boleh menyebabkan 'stok haba dan keletihan haba' dengan peramal cuaca mengeluarkan amaran strok haba 'kemungkinan berlaku dengan pendedahan berterusan'.

Malah, peramal juga memberitahu, strok haba dan keletihan haba juga mungkin berlaku pada suhu antara 33 hingga 41 darjah Celcius.

Mac, April dan Mei lazimnya merupakan bulan paling kering dalam setahun bagi kawasan di negara tropika. Keadaan tahun ini telah diburukkan lagi dengan fenomena cuaca El Nino. - AFP

Artikel Berkaitan: