Isu kafir: Menteri Agama nasihat ikut pandangan Mufti Wilayah Persekutuan

Mohd Na'im
Mohd Na'im
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar meminta semua pihak tidak memanjangkan polemik perkataan kafir.

Menurutnya, pendekatan harmoni merupakan langkah terbaik yang perlu diambil sebagaimana disarankan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.

"Pada saya Sahibus Samahah Datuk Dr Luqman Abdullah (Mufti Wilayah Persekutuan) mengeluarkan pandangan yang agak harmoni.

"Jadi, kita perlu kekal kepada pandangan Mufti Wilayah untuk mengharmonikan keadaan semasa," katanya ketika pada sidang akhbar pengumuman agihan keuntungan TH di sini, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kafir susulan terdapat pandangan berbeza dalam kalangan mufti mengenai perkara tersebut.

Isu tersebut timbul selepas tular video ucapan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang dikatakan mengharamkan penggunaan istilah kafir di rumah dan dalam kalangan anak-anaknya.

Fadhlina bagaimanapun dilaporkan berkata, video tular di media sosial berkaitan isu kafir itu telah diambil di luar konteks dengan cubaan jahat mahu mencalarkan imej serta kredibiliti beliau.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Nibong Tebal tersebut turut menyifatkan penularan video berkenaan berniat mencetuskan kekecohan dalam isu berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi raja) dan pihaknya telah membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!