Berhati-hati keluarkan kenyataan boleh timbulkan salah faham, buka ruang fitnah

PENGGUNAAN dalam konteks interaksi antara orang Islam dan bukan Islam boleh berubah mengikut keadaan, tempat dan situasi yang memerlukan kepada istilah yang lebih harmoni khususnya dalam uslub dakwah.
PENGGUNAAN dalam konteks interaksi antara orang Islam dan bukan Islam boleh berubah mengikut keadaan, tempat dan situasi yang memerlukan kepada istilah yang lebih harmoni khususnya dalam uslub dakwah.
A
A
A

UMAT Islam dinasihatkan supaya bersikap lebih berhati-hati dan tidak mudah mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan salah falah dalam masyarakat serta membuka ruang fitnah dalam isu melibatkan keagamaan.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, merujuk kepada video yang tular, adalah tidak adil untuk terus menghukum dan mengeji berasaskan kepada potongan video tanpa melihat kepada konteks keseluruhan yang dimaksudkan dalam ucapan berkenaan.

“Masyarakat perlu mengambil sikap berhati-hati dan cuba mendapatkan maklumat yang lebih terperinci sebelum membuat sebarang komen,” katanya seperti yang disiarkan dalam Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Menurut beliau, gelaran kafir merupakan kalimah dalam bahasa Arab dan disebutkan banyak kali dalam al-Quran dan hadis dengan pelbagai pecahan kata.

DATUK DR LUQMAN
DATUK DR LUQMAN

“Ia merujuk kepada orang yang tidak beriman kepada ALLAH SWT dan Rasul.

“Oleh itu, penggunaan istilah ini telah termaktub dalam al-Quran dan hadis. Ia adalah istilah yang melambangkan perbezaan antara iman dan kekufuran, dan ia tidak berubah penggunaannya,” jelasnya.

Bagaimanapun katanya, penggunaan dalam konteks interaksi antara orang Islam dan bukan Islam boleh berubah mengikut keadaan, tempat dan situasi yang memerlukan kepada istilah yang lebih harmoni khususnya dalam uslub dakwah.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya lagi, dalam al-Quran terdapat banyak juga ayat yang menggunakan lafaz seperti ‘Wahai Ahli Kitab’ seperti dalam ayat ke-70 Surah Ali Imran.

Beliau turut membawakan satu hadis riwayat Muslim di mana Rasulullah SAW bersabda: “Memadai seseorang itu dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan semua yang dia dengar.”

“Masyarakat dinasihatkan untuk lebih menumpukan kepada ibadah dan tidak menimbulkan banyak polemik yang berpanjangan yang membawa kepada natijah yang tidak baik kepada keharmonian masyarakat.

“Sebarang perbezaan pandangan boleh dikongsikan dengan cara yang baik dan tidak dalam bentuk kejian dan fitnah,” katanya.

Beliau merujuk kepada ayat ke-11 Surah al-Hujurat: “Dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.

“(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman.”

ADALAH tidak adil untuk terus menghukum dan mengeji berasaskan kepada potongan video tanpa melihat kepada konteks keseluruhan yang dimaksudkan dalam ucapan berkenaan.
ADALAH tidak adil untuk terus menghukum dan mengeji berasaskan kepada potongan video tanpa melihat kepada konteks keseluruhan yang dimaksudkan dalam ucapan berkenaan.

Tambahnya lagi, polemik yang berpanjangan tanpa mempunyai nilai ilmiah dan adab yang baik akan menambahkan lagi kekeliruan dalam masyarakat selain boleh membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

“Sikap sindir-menyindir, mengeluarkan kata-kata kesat, tuduh-menuduh dengan menggunakan media sosial tanpa adab tidak menguntungkan umat Islam yang sangat mementingkan perpaduan sebagai kekuatan umat.

“Dalam isu yang melibatkan keagamaan, semua pihak perlu berhati-hati dan tidak mudah mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham masyarakat dan membuka ruang fitnah,” hurainya.

Katanya, penggunaan istilah-istilah hukum-hakam agama tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan kepentingan tertentu yang tidak berasaskan kepada asas ilmu Islam yang sebenar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!