Isu kafir: Polis sahkan terima laporan fitnah Menteri Pendidikan

Fadhlina dilaporkan berkata, video tular di media sosial berkaitan isu kafir itu telah diambil di luar konsensus dan diselewengkan konteks dengan cubaan jahat mahu mencalarkan imej serta kredibiliti beliau.
Fadhlina dilaporkan berkata, video tular di media sosial berkaitan isu kafir itu telah diambil di luar konsensus dan diselewengkan konteks dengan cubaan jahat mahu mencalarkan imej serta kredibiliti beliau.
A
A
A

KUCHING - Polis mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung isu fitnah mengaitkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang tular di aplikasi WhatApps dan laman Facebook.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata ketika dihubungi Bernama pada Ahad berkata, laporan dibuat pada 4.21 petang semalam di Balai Polis Sungai Maong di sini oleh Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Atiqah Syairah Shaharudin.

"Kertas siasatan mengenai kes ini telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya.

Terdahulu, Fadhlina dilaporkan berkata, video tular di media sosial berkaitan isu kafir itu telah diambil di luar konsensus dan diselewengkan konteks dengan cubaan jahat mahu mencalarkan imej serta kredibiliti beliau.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook beliau pada Ahad, Fadhlina menyifatkan penularan video itu turut berniat mencetuskan kekecohan dalam isu berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi raja) dengan memercikkan pemesongan makna ucapan sebenar sehingga beliau ditohmah dengan ujaran kebencian, tuduhan tidak benar dan fitnah selain diancam keselamatan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: