Tiada siasatan kes seleweng peruntukan projek bina hospital

Razarudin (tengah) ditemui media selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Perak antara Datuk Lim Hong Shuan (kiri) dan Datuk Mazlan Santarai hari ini.
Razarudin (tengah) ditemui media selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Perak antara Datuk Lim Hong Shuan (kiri) dan Datuk Mazlan Santarai hari ini.
A
A
A

IPOH - Tiada siasatan dilakukan terhadap laporan penyelewengan peruntukan RM150 juta bagi projek pembinaan hospital baharu Kampar seperti dilaporkan MCA Perak minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan MCA terhadap Setiausaha Publisiti DAP Perak, Chong Zhemin berhubung penyelewengan peruntukan yang telah dibatalkan.

“Kita ada terima laporan tersebut terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keranji ini. Kita dapati isu ini merupakan isu dalaman.

“Peruntukan tersebut telah disalurkan untuk perkara lain maka kita tidak buka apa-apa siasatan,” katanya ketika ditanya mengenai siasatan laporan oleh MCA Perak terhadap dakwaan Zhemin yang telah dimuat naik di Facebooknya.

Razarudin ditemui selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Perak antara Datuk Lim Hong Shuan dan Datuk Mazlan Santarai yang kini memangku jawatan itu di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak di sini hari ini.

Pada majlis itu, Hong Shuan bersara wajib hari ini selepas 35 tahun berkhidmat dalam PDRM berbangga dapat melaksanakan tugas terutama aspek pencegahan jenayah.

“Fokus utama adalah kehadiran polis dalam kalangan masyarakat di kawasan-kawasan tumpuan seperti pusat perniagaan dan kediaman penduduk menerusi pelbagai program dan komuniti kepolisan yang dijalankan.

“Walaupun hanya sembilan bulan bertugas di Perak, kerjasama polis dan masyarakat berjaya dieratkan sekaligus dapat mengurangkan indeks jenayah antara empat dan lima peratus,” katanya.

Artikel Berkaitan: