Pemuda dipuji gigih cari rezeki jual burger dari meja ke meja

Tangkap layar perkongsian video @abgmuliadi pada Isnin.
Tangkap layar perkongsian video @abgmuliadi pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang peniaga burger tempatan mengambil inisiatif menjual produknya kepada orang ramai dengan memakai beg penghantaran di sekitar kawasan kedai-kedai makan Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kegigihan lelaki yang dikenali dengan nama Aisy itu mula mendapat perhatian netizen apabila apabila seorang pengguna TikTok, @abgmuliadi atau dengan nama Abang Muliadi merekod dan memuat naik video mengenai usahawan itu di platform berkenaan.

Menurut perkongsian video berdurasi 46 saat itu, Aisy dilihat mengambil pendekatan bergerak ke setiap kedai makan bagi mempromosikan burger homemade kepada orang ramai sepanjang bulan Ramadan ini.

"Tahniah anak muda, jam 1.30 pagi masih gigih mencari rezeki. Bukan calang-calang jual burger meja ke meja," katanya dalam hantaran video pada Isnin.

Rata-rata netizen mengagumi kesungguhan Aisy dalam mencari rezeki dan tidak kurang ada yang mahu menyokong usahanya dalam perniagaan burger tersebut.

Salah seorang pengguna TikTok, @cik_eff bertanya mengenai lokasi perniagaannya yang terkini kerana mahu mencuba makanan ringan berkenaan.

“Brader ini selalu dekat kawasan mana? Ramai kata sedap, kena cuba ni,” katanya dalam ruangan komen video tersebut.

Artikel Berkaitan:

Antara komen netizen di ruangan komen video berkenaan.
Antara komen netizen di ruangan komen video berkenaan.

Seorang pengguna TikTok, @puteri_natashahusna berkata, pernah mencuba burger Aisy sebelum ini dan menyatakan hasrat untuk membeli lagi jika berkesempatan.

“Saya pernah beli burger dia serius sedap gila. Orang dia memang peramah sangat-sangat. Kalau turun Kuala Lumpur nanti kena repeat lain burger dia,” ulasnya.

Seorang lagi pengguna TikTok, @ya.nuriain turut mendoakan kejayaan Aisy dalam menjadi usahawan tempatan berjaya pada masa akan datang.

“Semoga sentiasa dimurah rezeki dan dalam lindungan rahmat ALLAH. Insya-ALLAH Aisy menjadi usahawan yang berjaya, amin,” ujarnya.

Sehingga kini, video tersebut mencecah 115,100 tontonan dan mendapat 2,733 tanda suka.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28