Beberapa kawasan di Shah Alam dilanda banjir

Keadaan jalan dinaiki air di I-City, Shah Alam. Foto: FB khidmat masyarakat
Keadaan jalan dinaiki air di I-City, Shah Alam. Foto: FB khidmat masyarakat
A
A
A

SHAH ALAM – Hujan lebat sejak petang Sabtu menyebabkan beberapa kawasan di Seksyen 7 dan i-City di sini dinaiki air.

Di media sosial tular dengan pelbagai gambar dan video yang memaparkan kawasan terbabit dikongsikan netizen.

Menerusi perkongsian Farah Aini Jamaludin di Facebook, keadaan lalu lintas di kawasan berhampiran I-City Mall sesak akibat banjir.

"Perjalanan ke Shah Alam melalui Bukit Raja, sesak 'melekat' banjir kilat. Tidak boleh lalu sampai depan i-City Mall," kongsinya.

Menurut Zara Sofea Shah di Facebook Shah Alam Resident, keadaan berkenaan menyebabkan trafik sesak dan banyak kenderaan tersadai di kawasan sekitar pusat beli-belah i-City Mall.

“Kawasan i-City Mall air naik mendadak. Banyak kenderaan tersadai sekitar lampu isyarat tepi kondominium dan kawasan kilang,” katanya.

Sementara itu, menurut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), beberapa laluan utama sekitar Shah Alam dinaiki air susulan hujan lebat lewat petang Sabtu.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, antara laluan yang terjejas termasuklah Persiaran Kayangan, Seksyen 9 (hadapan Hotel Concorde) dan Persiaran Sukan, Seksyen 13 (hadapan Franchise Ramli Burger).

Artikel Berkaitan:

Turut terjejas, Persimpangan Puspakom, Seksyen 16, Persiaran Masjid (Bersebelahan Kolam Takungan Seksyen 5) dan Jalan Kapar, Seksyen 27.

“Orang ramai diminta mengelak menggunakan laluan tersebut dan dinasihatkan untuk mencari laluan alternatif,” maklum MBSA di Facebook.