Serangan di Rusia: Malaysia tolak semua bentuk keganasan

Insiden keganasan di dewan konsert, Crocus City Hall, pinggir Moscow, Rusia pada Jumaat. Foto AFP
Insiden keganasan di dewan konsert, Crocus City Hall, pinggir Moscow, Rusia pada Jumaat. Foto AFP
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan yang menggugat keamanan dan keselamatan mana-mana negara termasuk insiden keganasan di dewan konsert, Crocus City Hall, pinggir Moscow, Rusia pada Jumaat.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, negara ini juga menyertai masyarakat antarabangsa dalam mengecam sekeras-kerasnya kekejaman tersebut.

Kenyataan media Kementerain Luar pada Ahad.
Kenyataan media Kementerain Luar pada Ahad.

"Serangan keganasan di Moscow pada hari Jumaat lalu sangat menyedihkan. Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keganasan tiada tempat dalam dunia bertamadun ini.

"Malaysia menekankan semula pendirian tegasnya dalam menentang keganasan dan ekstremisme dalam segala bentuk dan manifestasinya dan menyeru agar pelaku serangan keji ini segera dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Pada Jumaat, berlaku serangan keganasan ke atas Dewan Bandaraya Crocus, Moscow sehingga menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 60 orang dan mencederakan lebih daripada 145 orang lain.

Insiden itu berlaku semasa konsert kumpulan muzik 'Picnic.

Sementara itu, Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar dan pejabatnya di seluruh dunia terus komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara.

Artikel Berkaitan: