16 hari gangguan bekalan air, 121 tangki 'tali hayat' 350 penduduk

Surono (tiga dari kiri), berkata sesuatu kepada Nie Ching selepas menerima tangki air berkenaan.
Surono (tiga dari kiri), berkata sesuatu kepada Nie Ching selepas menerima tangki air berkenaan.
A
A
A

KULAI - Seramai 350 penduduk Kampung Sri Muar di sini yang berdepan gangguan bekalan air sejak kira-kira tiga minggu lalu kini boleh menarik nafas lega apabila sebanyak 121 tangki air diserahkan kepada mereka sebagai langkah penyelesaian sementara.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JPKK) Kampung Sri Muar, Surono Karimen berkata, masalah gangguan bekalan air sudah berlarutan selama 16 hari sejak 18 Mac lalu susulan projek penggantian paip sepanjang 1.7 kilometer yang tertangguh.

Bagaimanapun katanya, pemberian 121 tangki air ini dilihat sudah memadai bagi menampung keperluan di 135 rumah buat masa ini.

Surono
Surono

“Daripada 18 hari bulan (Mac) sehingga pagi tadi dah masuk 16 hari. Ya, memang tak ada air... tapi tak ada air tu secara berperingkat.

"Kalau jam 5.30 pagi ada, nanti jam 6:00 dah tak ada. SAJ dia bagi kepada kawasan banyak ketiadaan air.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada SAJ yang tidak pernah putus-putus hantar bekalan air dan pernah sampai jam 1.30 pagi pun sampai.

Artikel Berkaitan:

“Saya pasrah dengan ketentuan sebab paip ini masih lagi dalam pembaikan, jadi selepas ini mungkin ia akan seperti biasa dan tidak terjejas dengan ketiadaan air,” katanya.

Surono berkata demikian sempena program sumbangan tangki air di balai raya Kampung Sri Muar, Kulai, pada Sabtu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, penyerahan tangki air berkenaan diharap dapat membantu menangani permasalahan bekalan air bersih di kawasan berkenaan susulan projek penggantian paip sepanjang 1.7 kilometer tertangguh.

“Saya berharap supaya pihak SAJ (Syarikat Air Johor) dapat menjalankan siasatan dengan cepat bagi memastikan keadaan bekalan air di kawasan ini kembali normal.

“Ini kerana bukan sahaja sekarang bulan Ramadan, tetapi pada 10 April nanti bermula Aidilfitri.

“Jadi saya rasa air merupakan satu keperluan untuk aktiviti harian kita; apatah lagi pada musim perayaan yang sangat-sangat dekat, lagilah permintaan air lagi tinggi,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28