Kenangan berharga untuk diingati

Sebahagian pengunjung yang menyertai Iftar Ala Madinah@Karangkraf. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Sebahagian pengunjung yang menyertai Iftar Ala Madinah@Karangkraf. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM – Menyertai Iftar Ala Madinah@Karangkraf bagi sesetengah pengunjung mempunyai nilai sentimentalnya tersendiri kerana memberikan kenangan cukup berharga untuk diingati.

Kesempatan berbuka puasa bersama keluarga, rakan taulan atau jiran tetangga di Dataran Karangkraf di sini, digunakan sebaiknya untuk mengeratkan hubungan sesama insan dan mengimarahkan Ramadan.

Penduduk Seksyen 16 di sini, Zolkefli Ahmad Dahlan, 45, berkata, setiap tahun dia akan hadir bersama keluarga untuk menyertai Iftar Ala Madinah@Karangkraf. “Saya akan hadir bersama keluarga dan jiran tetangga.

Gambar dari kiri: Zolkefli, Nurul Huda, Mohd Azizi dan Mohd Amin
Gambar dari kiri: Zolkefli, Nurul Huda, Mohd Azizi dan Mohd Amin

Bagi saya ini adalah salah satu cara untuk kami meraikan persahabatan yang sudah menginjak usia belasan tahun,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurutnya, bukan mudah untuk mencipta persahabatan, justeru kesempatan itu digunakan dengan sebaiknya untuk mereka lebih mengenali antara satu sama lain.

Orang ramai mengambil kesempatan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan dengan berbuka puasa bersama di Dataran Karangkraf. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Orang ramai mengambil kesempatan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan dengan berbuka puasa bersama di Dataran Karangkraf. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR

Sementara itu, Nurul Huda Rahimi, 27, berkata, dia pertama kali menyertai iftar berkenaan selepas terbaca hebahan mengenainya di media sosial.

Artikel Berkaitan:

“Konsepnya amat menarik, saya datang dengan dua adik-beradik. Kami dah rancang sejak sebelum puasa lagi untuk berbuka puasa bersama jadi iftar Ala Madinah@Karangkraf ini, jadi pilihan kerana lebih santai dan kami dapat berborak panjang sambil berbuka puasa,” katanya.

Pekerja swasta Mohd Amin Na'im, 25, pula berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk berbuka puasa bersama rakan sepejabat.

Seorang pengunjung membaca al-Quran sementara menanti waktu berbuka puasa. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Seorang pengunjung membaca al-Quran sementara menanti waktu berbuka puasa. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR

“Jadi kami datang dari Subang Jaya dengan dua kereta seramai enam orang untuk berbuka puasa di Karangkraf kerana ada yang cakap menu berbukanya amat luar biasa,” katanya.

Bagi anggota polis, Mohd Azizi Mohd Nor, 38, kesibukan kerja bukan halangan buatnya untuk berbuka puasa bersama keluarga.

Pengunjung beratur untuk mengambil minuman yang disediakan. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Pengunjung beratur untuk mengambil minuman yang disediakan. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR

“Saya pun kerja tidak jauh dari Kumpulan Karangkraf, jadi bila ada kesempatan saya akan bawa keluarga untuk keluar berbuka puasa dan pastinya iftar ala Madinah ini menjadi pilihan kerana berdekatan dengan rumah dan tempat kerja,” katanya.

Seorang ibu membawa dua anaknya untuk berbuka puasa di Dataran Karangraf. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Seorang ibu membawa dua anaknya untuk berbuka puasa di Dataran Karangraf. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR

Tazkirah sebelum tiba waktu berbuka puasa. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Tazkirah sebelum tiba waktu berbuka puasa. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR

Orang ramai mengambil kesempatan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan dengan berbuka puasa bersama di Dataran Karangkraf. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Orang ramai mengambil kesempatan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan dengan berbuka puasa bersama di Dataran Karangkraf. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28