274 ahli majlis PBT lulus lantikan

Seramai 22 ahli majlis MBI termasuk Datuk Bandar Ipoh telah mengangkat sumpah sebagai ahli majlis MBI.
Seramai 22 ahli majlis MBI termasuk Datuk Bandar Ipoh telah mengangkat sumpah sebagai ahli majlis MBI.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak meluluskan pelantikan 274 ahli majlis di 15 pihak berkuasa tempatan (PBT) berkuat kuasa pada Sabtu sehingga 15 Mac 2026.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching berkata, pengisian kuota bagi ahli majlis PBT secara keseluruhannya adalah seramai 325 orang, bagaimanapun baki 51 nama akan dicadang pada fasa pelantikan seterusnya.

"Faktor utama mereka belum dilantik berikutan parti komponen iaitu Parti Amanah Negara menjalankan pemilihan parti jadi, mereka tidak sempat serahkan nama sebelum mendapatkan kelulusan peringkat negeri.

Sandrea (kanan) menyerahkan surat pelantikan kepada Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin pada Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli Majlis MBI di Ipoh.
Sandrea (kanan) menyerahkan surat pelantikan kepada Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin pada Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli Majlis MBI di Ipoh.

"Buat masa ini PBT masing-masing ada sedikit kekosongan yang akan diisi dan disempurnakan dalam masa terdekat. Ahli majlis yang dilantik di PBT masing-masing sudah melebihi jumlah minimum jadi tiada masalah PBT laksanakan mesyuarat dan keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan 22 Ahli Majlis dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini pada Jumaat.

Sandrea berkata, Ahli Majlis perlu mengetahui matlamat PBT, kerajaan negeri dan persekutuan dalam melaksana kewajipan dan tugas sebagai ahli majlis sebagai penyampai dan juru cakap PBT serta mempertimbangkan dan meluluskan undang- undang kecil.

"Tahun lepas kerajaan negeri mewujudkan jawatankuasa penilaian khas bagi menilai prestasi perkhidmatan ahli majlis setiap tahun.

Artikel Berkaitan:

Datuk Mazlan Abdul Rahman mewakili ahli majlis mengangkat sumpah sebagai ahli majlis MBI.
Datuk Mazlan Abdul Rahman mewakili ahli majlis mengangkat sumpah sebagai ahli majlis MBI.

"Kita ambil semangat merit memastikan semua Ahli Majlis dilantik dapat melaksanakan tugas dengan baik dan memberi kerjasama dalam membangunkan PBT," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!