Sultan Selangor berkenan kurnia watikah pelantikan 22 ahli MAIS

Sultan Sharafuddin berkenan mengekalkan Abdul Aziz sebagai Pengerusi MAIS
Sultan Sharafuddin berkenan mengekalkan Abdul Aziz sebagai Pengerusi MAIS
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 22 ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) termasuk empat daripadanya adalah muka baharu bagi sesi 2024 hingga 2026.

Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar memaklumkan Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik dan menerima menghadap Orang Besar Bergelar Tengku Seri Andika Diraja, Tengku Datuk Iskandar Shah Tengku Ismail Shah dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohamad Izam Mohamed Yusof.

Ahmad Shahir turut memaklumkan baginda juga berkenan untuk melantik Profesor International Centre Of Education in Islamic Finance (INCEIF), Profesor Dr Ashraf Md Hashim dan Pensyarah kanan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Salasiah Hanin Hamjah.

"Pada masa sama, Sultan Sharafuddin berkenan mengekalkan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai Pengerusi MAIS, sementara Orang Besar Daerah Petaling, Datuk Emran Kadir pula Timbalan Pengerusi MAIS," katanya.

Penerima watikah pelantikan bergambar bersama selepas Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS Sesi 2024-2026 yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan pada Isnin
Penerima watikah pelantikan bergambar bersama selepas Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS Sesi 2024-2026 yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan pada Isnin

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas berakhirnya Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS Sesi 2024-2026 yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan pada Isnin

Dalam pada itu, Ahmad Shahir berkata, lantikan itu selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 di bawah Subseksyen 11 (1) dan (2) yang bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2026.

Ahli MAIS lain adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim; Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Salim Soib; Pegawai Kewangan Negeri, Dr Ahmad Fadzil Ahmad Tajudin dan Ketua Polis Negeri, Datuk Hussien Omar Khan.

Artikel Berkaitan: