Kadar SST 8 peratus berkuat kuasa hari ini

Berkuat kuasa hari ini, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan naik ke 8 peratus, berbanding 6 peratus sebelum ini.
Berkuat kuasa hari ini, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan naik ke 8 peratus, berbanding 6 peratus sebelum ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Berkuat kuasa hari ini, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan naik kepada 8 peratus, berbanding 6 peratus sebelum ini.

Bagaimanapun kadar baharu ini tidak merangkumi perkhidmatan untuk makanan dan minuman, telekomunikasi dan tempat letak kereta.

Peningkatan kadar SST baharu ke 8 peratus ini diumumkan dalam Pembentangan Bajet 2024 Oktober lalu.

Ia sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan daya tahan kewangan negara sambil mengurangkan defisit belanjawannya.

Langkah ini akan membantu kerajaan terus menjana pendapatan untuk negara.

Sementara itu, keputusan pengecualian bil air dan elektrik daripada kenaikan ini masih belum dimuktamadkan.

Peningkatan kadar ini dijangka akan menambah hasil kutipan kerajaan.

Tahun lalu, Malaysia sekadar mengutip kurang RM30 bilion.

Artikel Berkaitan:

Kutipan ini meletakkan Malaysia sebagai antara pemungut hasil cukai terendah di Asia Tenggara, dengan nisbah cukai kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada 11.8 peratus.

Kementerian Kewangan telah menganggarkan tambahan RM3 bilion hasil pada tahun depan dengan pelaksanaan kadar SST 8 peratus. - Awani

Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28