SPRM sahkan ahli perniagaan Singapura dipanggil bantu siasatan

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang ahli perniagaan dan pemaju hartanah Singapura dipanggil bagi membantu siasatan.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, usahawan dari negara jiran itu dipanggil untuk membantu suruhanjaya menjalankan siasatan terhadap individu berprofil tinggi di Malaysia.

Beliau berkata, ahli perniagaan itu juga telah diperintahkan untuk mengisytiharkan hartanya dan pegangan kewangan keluarganya.

"Saya boleh mengesahkan bahawa lebih ramai orang dijangka dipanggil untuk disoal siasat dalam masa terdekat berhubung siasatan ini," katanya.

SPRM bagaimanapun tidak menjelaskan lanjut mengenai ahli perniagaan tersebut.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan media hari ini memetik laporan CNA, SPRM telah menyerbu rumah dan menyiasat ahli perniagaan serta pemaju hartanah, Akbar Khan berhubung dakwaan kes rasuah yang melibatkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: