Melaka tanam benih padi MR297 mulai November

Kerajaan Melaka akan memulakan penanaman varieti benih padi MR297 pada November tahun ini. Foto hiasan (Gambar kecil: Muhamad Akmal)
Kerajaan Melaka akan memulakan penanaman varieti benih padi MR297 pada November tahun ini. Foto hiasan (Gambar kecil: Muhamad Akmal)
A
A
A

MELAKA - Kerajaan Melaka akan memulakan penanaman varieti benih padi MR297 pada November tahun ini sebelum tanaman itu dapat mengeluarkan hasil berganda dijangka pada awal tahun depan.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, projek perintis yang akan dilaksanakan di Merlimau itu dalam proses kerja-kerja merombak dan meratakan tanah serta pembinaan saliran.

Menurutnya, bagi merealisasikan hasrat itu, projek berkenaan memerlukan keluasan 46 hektar daripada 1,385 hektar keseluruhan tanah tanaman padi di negeri ini dengan penglibatan seramai 20 hingga 25 pesawah.

Katanya, kaedah ini sekali gus dapat menangani masalah benih padi yang melanda pesawah seperti isu benih tidak mencukupi cukup mahupun tidak berkualiti dalam produktiviti penanaman padi.

Muhamad Akmal (tengah) menyampaikan sumbangan kepada golongan yang diraikan pada Program Simpulan Kasih Ramadan di Hotel Grand Swiss Bell di sini, pada malam Rabu.
Muhamad Akmal (tengah) menyampaikan sumbangan kepada golongan yang diraikan pada Program Simpulan Kasih Ramadan di Hotel Grand Swiss Bell di sini, pada malam Rabu.

"Insya-ALLAH (isu) dapat diatasi apabila benih MR297 akan dijual dulu kepada pesawah di negeri ini untuk buat ladang padi.

"Selepas itu baki baharu kita berikan kepada orang luar," katanya kepada pemberita selepas Program Simpulan Kasih Ramadan di Hotel Grand Swiss Bell di sini, pada malam Rabu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dan Pengarah Urusan Swiss Bell Hotel, Datuk Rosthman Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, malah benih tersebut juga berperanan mempunyai ketahanan lebih baik berbanding benih yang pesawah peroleh pada waktu ini.

"Lebih tahan air maksudnya kalau kurang air dia tak macam padi lain, jadi kita boleh mengatasi masalah utama dalam negeri Melaka iaitu bekalan air di sawah tidak tidak mencukupi," katanya.

Ujar beliau, lebih menarik semua hasil jualan benih padi kepada kilang akan terus disalurkan kepada pesawah dan bukan kepada kerajaan negeri.

Pada program itu seramai 132 anak yatim dan golongan kurang bernasib baik diraikan serta diberikan sumbangan terdiri daripada penerima Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, DUN Merlimau dan Parlimen Tanggal Batu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28