Penunggang motosikal maut kemalangan

Semasa sedang membelok ke kanan, secara tiba-tiba penunggang motosikal yang datang dari arah belakang telah melanggar trak pikap.
Semasa sedang membelok ke kanan, secara tiba-tiba penunggang motosikal yang datang dari arah belakang telah melanggar trak pikap.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar bahagian belakang sebuah trak pikap dalam kejadian di kilometer 16.5 Jalan Melawi-Kuala Besut berhampiran Kampung Air Tawar, Tok Bali di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 6.08 petang itu, mangsa berusia 24 tahun itu meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Anis di sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian pemandu trak pikap dari arah Melawi menghala ke Kuala Besut.

"Setiba di lokasi, trak pikap tersebut telah berhenti di tengah jalan dan memberi isyarat ke kanan untuk membelok.

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar bahagian belakang sebuah trak pikap dalam kejadian di kilometer 16.5 Jalan Melawi-Kuala Besut berhampiran Kampung Air Tawar, Tok Bali di Pasir Puteh pada Selasa.

"Semasa sedang membelok ke kanan, secara tiba-tiba penunggang motosikal yang datang dari arah belakang telah melanggar trak pikap," katanya.

Menurut beliau, pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal telah jatuh ke laluan bertentangan menyebabkan mangsa dilanggar sebuah kereta jenis Proton Saga.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut masih diteruskan. Orang ramai atau individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes kemalangan tersebut boleh ke balai berhampiran atau menghubungi talian 011 - 11101606," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!