Penunggang motosikal maut dirempuh lori

Motosikal mangsa dirempuh sebuah lori di Jalan Batang Tiga di sini, pada Khamis. Mangsa, Muhammad Siddiq
Motosikal mangsa dirempuh sebuah lori di Jalan Batang Tiga di sini, pada Khamis. Mangsa, Muhammad Siddiq
A
A
A

MELAKA - Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah lori yang dipandu warga emas di Jalan Batang Tiga dekat sini pada Khamis.

Dalam kejadian jam 6.24 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Muhammad Siddiq Amran,24, yang beralamat di Bukit Rambai meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Yahama Ego Avantiz dari arah Batang Tiga menghala ke Bukit Rambai.

Lokasi kemalangan yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal.
Lokasi kemalangan yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal.



Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, kenderaan berat jenis Nissan yang dipandu warga emas berusia 67 tahun dari arah Bukit Rambai ke Batang Tiga dipercayai mahu mengelak sebuah motosikal dari arah sama.

"Situasi itu menyebabkan lori berkenaan terbabas masuk ke jalan sebelah lalu merempuh motosikal mangsa dari arah bertentangan.

"Akibat rempuhan itu mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka sebelum dituntut waris keluarga," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, polis juga telah mengeluarkan POL 61 bagi melakukan bedah siasat untuk mengetahui punca kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini tiada saksi bebas tampil memberi keterangan lanjut berkait kejadian itu dan siasatan lanjut masih diteruskan dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!