Penunggang motosikal maut digilis treler

Penunggang motosikal maut digilis treler dalam kejadian di KM 6 Jalan Banting-Dengkil, Kuala Langat pada Jumaat.
Penunggang motosikal maut digilis treler dalam kejadian di KM 6 Jalan Banting-Dengkil, Kuala Langat pada Jumaat.
A
A
A

BANTING - Seorang ejen insurans maut digilis treler dalam kejadian di Kilometer 6 Jalan Banting-Dengkil di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 6 petang melibatkan motosikal jenis Yamaha NVX yang ditunggang mangsa lelaki berusia 32 tahun serta sebuah treler.

Ahmad Ridhwan
Ahmad Ridhwan

Menurutnya, siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang dalam perjalanan dari arah Dengkil ke Banting tidak patuh isyarat lampu merah.

"Mangsa telah melanggar bahagian tepi treler yang sedang masuk ke simpang kanan dari arah Banting," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pelanggaran itu mengakibatkan mangsa tercampak ke bawah treler sebelum digilis.

Mangsa dipercayai melanggar bahagian tepi treler yang sedang masuk ke simpang kanan dari arah Banting.
Mangsa dipercayai melanggar bahagian tepi treler yang sedang masuk ke simpang kanan dari arah Banting.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Artikel Berkaitan:

"Saksi bebas yang melihat kejadian atau sebarang maklumat boleh hubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Keisha Nur Azalea Betty Saran di talian 011-62622972 atau 03-31872222," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.