Meghan terbang ke Kanada tanpa Putera Harry

Putera Harry dan Meghan mahu membahagikan masa antara UK dan Amerika Utara. - Foto Backgrid
Putera Harry dan Meghan mahu membahagikan masa antara UK dan Amerika Utara. - Foto Backgrid
A
A
A

UNITED KINGDOM - Meghan Markle terbang semula ke Kanada meninggalkan suaminya, Putera Harry berseorangan untuk menyelesaikan krisis mengenai kedudukan mereka selepas memutuskan untuk berundur daripada barisan hadapan tugas diraja di United Kingdom.

Anak pasangan diraja tersebut yang kini berusia 8 bulan, Archie, dikatakan tinggal dengan pengasuh di Kanada, manakala ibu bapanya berlepas ke London bagi membincangkan mengenai keputusan mereka mahu mengundurkan diri daripada tugas rasmi diraja.

Menurut laporan Daily Mail yang memetik sumber memberitahu bahawa Meghan tidak merancang untuk tinggal lebih lama di Britain selepas tiba Kanada pada 6 Januari lalu.

Berita itu tersebar selepas Ratu Britain, Elizabeth II mengarahkan krisis kedudukan The Duke and Duchess of Sussex itu ditangani segera.

Gambar pasangan diraja itu pada 7 Januari lalu. - Foto Getty Images
Gambar pasangan diraja itu pada 7 Januari lalu. - Foto Getty Images



ARTIKEL BERKAITAN: Putera Harry ‘tarik diri’ menjadi keluarga Diraja

Sumber Buckingham Palace berkata, keluarga diraja sedang berusaha untuk menyelesaikan pendirian baharu Meghan dan suaminya yang akan melibatkan pelbagai perbincangan daripada kerajaan dan berkemungkinan pegawai rasmi Amerika Syarikat dan Kanada akan turut serta.

Keputusan pasangan itu turut menimbulkan persoalan orang ramai bagaimana mereka akan memperoleh sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan mereka pada masa hadapan.

Terdahulu, Putera Harry dan Meghan mengumumkan mahu mengundur daripada tugas rasmi diraja dan merancang menyeimbangkan masa antara United Kingdom dan Amerika Utara.

Artikel Berkaitan:

Pengumuman dibuat melalui media sosialnya membuatkan ramai terkejut terutama nendanya, Ratu Elizabeth II dan ayahandanya, Putera Charles kerana tiada sebarang perbincangan dilakukan.

Selepas beberapa bulan meneliti keputusan itu, Putera Harry dan isterinya mahu berperanan lebih progresif bagi mendapatkan lebih ruang dengan membahagikan masa antara United Kingdom dan Amerika Utara.