Isma Aliff meninggal dunia

Pelakon dan penyanyi era 1980-an, Isma Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail, meninggal dunia pada pagi Rabu.
Pelakon dan penyanyi era 1980-an, Isma Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail, meninggal dunia pada pagi Rabu.
A
A
A

AMPANG - Pelakon dan penyanyi era 1980-an, Isma Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail, meninggal dunia pada pagi Rabu di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, Selangor.

Berita ini disampaikan oleh ahli keluarganya sebentar tadi memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 8.30 pagi.

“Assalamualaikum. Innalillahiwainnalillahirajiun. Isma Alif atau Latiff telah menghembuskan nafasnya, kembali kepada penciptanya baru sekejap ini. Jenazahnya masih di rumah,” tulis kenyataan.

Adiknya yang dikenali sebagai Angah memaklumkan, Allahyarham sudah lama mengalami masalah kesihatan, namun keadaannya dilaporkan merosot sejak seminggu lalu.

Isma Aliff, 62, merupakan antara wajah popular era 1980-an melalui pelbagai drama, filem dan program hiburan, selain aktif sebagai pelawak dan pengacara.

Allahyarham Isma pernah membintangi beberapa karya terkenal dan sering digandingkan bersama rakan-rakan pelakon komedi tanah air pada zaman kegemilangannya.

Sebelum ini, Allahyarham pernah dimasukkan ke Hospital Ampang selepas mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru sehingga ditidurkan pada 15 Disember 2023.- Awani

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Isma Aliff meninggal dunia pada pagi Rabu di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, Selangor
  • Berita kematian disampaikan oleh ahli keluarganya, menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 8.30 pagi
  • Mengalami masalah kesihatan sejak lama dan keadaan merosot sejak seminggu lalu
  • Merupakan pelakon dan penyanyi populer era 1980-an, aktif dalam drama, filem, dan sebagai pelawak serta pengacara
  • Sebelum meninggal, pernah dirawat di Hospital Ampang akibat jangkitan pada jantung dan paru-paru

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!