Meghan Trainor selamat bersalin anak kedua

Meghan Trainor selamat melahirkan bayi lelaki pada 1 Julai lalu secara pembedahan.
Meghan Trainor selamat melahirkan bayi lelaki pada 1 Julai lalu secara pembedahan.
A
A
A

PENYANYI Meghan Trainor selamat melahirkan bayi lelaki pada 1 Julai lalu secara pembedahan.

Bayi yang diberi nama Barry Brurce itu dilahirkan secara pembedahan dengan berat 3.62 kg.

Lebih istimewa tarikh tersebut turut menjadi ulang tahun ketujuh perkenalan Trainor dengan suaminya, Daryl Sabara.

"Pada 1 Julai (ulang tahun ketujuh tarikh pertama kali bertemu) kami menyambut kelahiran Barry Bruce Trainor ke dunia.

Meghan dan Daryl mendirikan rumah tangga pada 2018 dan pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki iaitu Riley Sabara yang kini berusia dua tahun.
Meghan dan Daryl mendirikan rumah tangga pada 2018 dan pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki iaitu Riley Sabara yang kini berusia dua tahun.

"Dia seorang bayi lelaki seberat 8 paun (3.62 kilogram) dan dilahirkan secara pembedahan," tulisnya yang turut berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang membantunya melahirkan anak kedua itu.

Penyanyi yang terkenal dengang laug All The Bass itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Sekadar info, Meghan dan Daryl mendirikan rumah tangga pada 2018 dan pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki iaitu Riley Sabara yang kini berusia dua tahun.