'Majoriti pekerja, pelanggan saya lelaki'

Nor Faizah (tiga dari kiri) menunjukkan kaedah operasi mesin di kilang kepada pekerja.
Nor Faizah (tiga dari kiri) menunjukkan kaedah operasi mesin di kilang kepada pekerja.
A
A
A

SHAH ALAM - Bergelar pengarah urusan wanita dalam industri polimer dan perkilangan tidak mudah bagi Datin Nor Faizah Aripshah untuk bersaing dengan syarikat gergasi luar negara dan seterusnya mencipta ruang pekerjaan kepada anak tempatan di negara ini.

Wanita berusia 48 tahun itu berkata, cabaran utama yang dihadapi bukan hanya persaingan sesama pemain industri yang didominasi kaum lelaki, tetapi juga meyakinkan semua pihak mengenai kebolehan beliau menguruskan operasi syarikat tersebut.

Menurutnya, matlamat utama beliau menceburi bidang keusahawanan bukan untuk meraih keuntungan semata-mata tetapi berkongsi rezeki bersama-sama.

Nor Faizah
Nor Faizah

“Saya mempunyai lebih 36 orang pekerja termasuk di Shah Alam dan Kemaman, Terengganu.

"Kesemua pekerja saya terdiri daripada warga tempatan.

“Persaingan dalam industri cukup mencabar lebih-lebih lagi bidang ini dipelopori oleh lelaki dan kebanyakan mereka pula adalah daripada syarikat ternama.

"Sudah tentu ramai mempersoalkan kebolehan saya, tetapi sudah 20 tahun saya dalam perniagaan ini.

Artikel Berkaitan:

“Tujuan utama saya masuk ke dalam perniagaan ini bukan semata-mata nak mencari keuntungan ataupun kesenangan sendiri, tetapi berkongsi rezeki yang ada,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Nor Faizah, untuk mencapai kejayaan yang diingini bukan mudah, malah pada 2013 syarikat mengalami kerugian apabila kilang dan mesin pembuatan plastik di Kemaman musnah akibat banjir besar.

Tambah anak kelahiran Klang ini, jumlah kerugian mencecah jutaan ringgit dan lebih buruk lagi kilang berkenaan tidak dapat beroperasi sehingga tujuh bulan.

Jelasnya, walaupun diuji dengan pelbagai perkara termasuk kewangan, namun ia tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berusaha dan menjadi pembekal bahan industri kepada syarikat berkaitan kerajaan selama hampir 20 tahun.

“Saya majikan wanita dan majoriti pekerja dan pelanggan saya ialah lelaki.

"Tidak semestinya menjadi wanita perlu sentiasa lemah lembut, tapi perlu sedikit ketegasan terutama dalam membuat keputusan,” ulasnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28