DUN Kelantan lulus usul gubal semula 16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah terbatal

DUN Kelantan yang bersidang pada Rabu meluluskan usul penggubalan semula 16 Seksyen di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 yang dibatalkan di Mahkamah Persekutuan 9 Februari lalu. Gambar fail
DUN Kelantan yang bersidang pada Rabu meluluskan usul penggubalan semula 16 Seksyen di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 yang dibatalkan di Mahkamah Persekutuan 9 Februari lalu. Gambar fail
A
A
A

KOTA BHARU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang bersidang pada Rabu meluluskan usul penggubalan semula 16 Seksyen di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 yang dibatalkan di Mahkamah Persekutuan 9 Februari lalu.

Usul yang dicadangkan oleh Wan Rohimi Wan Daud (Pas-Melor) itu dipersetujui oleh semua ADUN yang bersidang termasuk dua pembangkang.

Yang Dipertua DUN, Datuk Mohd Amar Abdullah ketika meluluskan usul itu berkata, Dewan berpendapat cadangan ini memenuhi tiga syarat iaitu mustahak, kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan

Wan Rohimi ketika mengusulkan cadangan berkenaan berkata, banyak undang-undang Melayu lama yang mengguna pakai undang-undang Islam membuktikan bahawa hukum Islam dengan penyesuaian adat telah berjaya mengubah masyarakat Melayu sejak kurun ke-16 sehingga kedatangan penjajah Inggeris.

Sementara itu, Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd Asri Mat Daud berkata, akan membawa semula 16 enakmen yang dibatalkan itu dalam satu jawatankuasa khas.

Jelas beliau, Jawatankuasa Khas Kajian Enakmen Jenayah itu untuk membincangkan semua seksyen terbabit sebelum dibentangkan semula.

"Kita akan bawa semula pada Persidangan DUN. Jadi kita yakin dapat diangkat kepada Tuanku Sultan (Sultan Muhammad V) selepas semuanya selesai," katanya ketika ditemui selepas persidangan DUN.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memaklumkan tempoh masa yang diambil untuk proses permulaan perbincangan namun paling cepat selepas Hari Raya Aidilfitri.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, media melaporkan panel lapan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan membatalkan enakmen berkenaan selepas membenarkan petisyen dikemukakan seorang peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!<