MBPP rampas 44 e-skuter

Anggota penguatkuasa MBPP merampas 44 buah e-skuter dalam operasi khas yang dijalankan pada Selasa.
Anggota penguatkuasa MBPP merampas 44 buah e-skuter dalam operasi khas yang dijalankan pada Selasa.
A
A
A

GEORGE TOWN - Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merampas 44 buah kenderaan mikromobiliti, e-skuter dalam operasi khas di sekitar bandar ini pada Selasa.

MBPP dalam kenyataannya berkata, dua premis diserbu secara serentak yang dijalankan oleh Pasukan Operasi Khas yang dianggotai oleh Unit Tred, Industri dan Establisymen (TIEM), Jabatan Pelesenan, Pasukan Risikan dan Operasi Jabatan Penguatkuasaan serta Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam MBPP.

"Sebanyak 32 buah e-skuter telah dirampas di premis pertama dan seorang pekerja perniagaan ini yang dipercayai warga asing telah melarikan diri sejurus melihat ketibaan pasukan penguat kuasa.

Dua buah premis diserbu dalam operasi khas yang dijalankan sekitar bandar George Town pada Selasa.
Dua buah premis diserbu dalam operasi khas yang dijalankan sekitar bandar George Town pada Selasa.

"Dalam serbuan di premis kedua yang terletak berhampiran dengan lokasi pertama, 12 buah e- skuter dirampas," katanya pada Selasa.

Tambah MBPP, kedua-dua premis tersebut tidak mempunyai lesen yang sah dan kesemua kenderaan mikromobiliti tersebut serta dokumen pembuktian telah dirampas untuk tindakan selanjutnya.

"MBPP memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas dalam membasmi aktiviti perniagaan sewaan kenderaan mikromobiliti e-skuter tanpa lesen sah yang dikeluarkan oleh pentadbiran ini.

Artikel Berkaitan:

"Kita ingin menegaskan bahawa tiada sebarang pengeluaran lesen atau permit ke atas mana-mana pengusaha untuk menjalankan aktiviti sewaan kenderaan e-skuter," ujar MBPP lagi.

Dua premis yang diserbu tidak mempunyai lesen sah untuk menjalankan perniagaan e-skuter.
Dua premis yang diserbu tidak mempunyai lesen sah untuk menjalankan perniagaan e-skuter.

Jelas MBPP, pihaknya juga tidak berkompromi dalam melaksanakan tindakan tegas penguatkuasaan.

"Kita akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa secara berterusan bagi mengekang aktiviti e-skuter yang memberikan kesan negatif kepada keselamatan orang awam," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!