Dikejar tedung selar keliling rumah

Faizilawati yang berpengalaman 14 tahun dalam APM semakin berani berdepan ancaman operasi tangkapan ular.
Faizilawati yang berpengalaman 14 tahun dalam APM semakin berani berdepan ancaman operasi tangkapan ular.
A
A
A

IPOH - Cukup terlatih dan berpengalaman bukan jaminan terhindar daripada perasaan panik dan takut berdepan ancaman ular.

Itu yang dihadapi seorang anggota wanita Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sini apabila dikejar seekor tedung selar keliling rumah.

Faizilawati Husin, 39, berkata, operasi melibatkan sebuah rumah penduduk di Kamunting sekitar tiga tahun lalu itu berlaku dalam keadaan tidak terduga mengakibatkan anggota yang berada di lokasi lari menyelamatkan diri.

Menurutnya, semasa kehadiran anggota, reptilia itu sudah pun menegakkan kepala setinggi kira-kira lebih satu meter.

"Haiwan itu terus bertindak agresif dengan cuba untuk mematuk anggota.

"Situasi sedikit panik apabila ular itu mula mengejar kami.

Faizilawati akui perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan lebih-lebih lagi ketika negara berdepan musim panas yang meningkatkan kehadiran ular.
Faizilawati akui perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan lebih-lebih lagi ketika negara berdepan musim panas yang meningkatkan kehadiran ular.

"Keadaan itu bagaimanapun dapat dikawal dengan tindakan berani ketua operasi menendang kepala ular tersebut sebelum tangkapan dibuat menggunakan penjerut," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang berkhidmat dengan APM Taiping sejak 14 tahun lalu berkata, peristiwa tersebut dijadikan peringatan setiap kali terlibat operasi tangkapan ular.

Katanya, dalam kebanyakan situasi, ular baik sawa mahupun yang berbisa akan bertindak lebih agresif sekiranya individu itu berada dalam keadaan panik.

"Salah langkah, memang nyawa jadi taruhan.

"Alhamdulillah saya banyak belajar daripada rakan-rakan pasukan untuk meningkatkan kemahiran diri dan selok-belok menangkap ular," katanya.

Ibu kepada empat cahaya mata itu mengakui, sebagai anggota penyelamat, beliau perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan lebih-lebih lagi ketika negara berdepan musim panas yang meningkatkan kehadiran ular.

Faizilawati ketika terlibat dalam operasi tangkapan ular sawa tahun lalu.
Faizilawati ketika terlibat dalam operasi tangkapan ular sawa tahun lalu.

Ujarnya, dalam operasi terbaru, APM Taiping berjaya melakukan tangkapan ke atas empat ular daun yang bersembunyi dalam pendingin hawa sebuah rumah penduduk di Simpang.

Kes di Kamunting pada Isnin lepas pula melibatkan sarang ular tedung senduk yang dijumpai di bawah rumah didiami warga emas.

"Sekarang ini boleh dikatakan setiap hari kita terima panggilan ancaman ular.

"Awal dahulu mungkin masih takut-takut, tetapi sekarang saya semakin selesa dan bangga terlibat dalam operasi ini," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Dikejar tedung selar keliling rumah #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Edisi #Perak #Ipoh #Ular #APM #Wanita

Eye of the Tiger (Instrumental Version) - From "Rocky" - M.S. Art