Gajah ganggu tanaman penduduk ditangkap

Gajah liar yang mengganggu penduduk ditangkap kelmarin
Gajah liar yang mengganggu penduduk ditangkap kelmarin
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Daerah Kuala Krai menangkap gajah liar yang mengganggu kebun penduduk di Kampung Lata Rek, Kampung Laloh, Kampung Lela Jasa di Kuala Krai, kelmarin.

Perhilitan Kelantan melalui kenyataan pada Jumaat memaklumkan operasi dijalankan dan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Negeri Kelantan di Kampung Laloh.

Menurut kenyataan berkenaan, penduduk kini lega selepas gajah yang ditangkap dapat mengurangkan kerugian dihadapi mereka sebelum ini.

"Kita akan memindahkan gajah liar ke habitat asal melalui bantuan 12 kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang serta sepuluh kakitangan Perhilitan Kelantan," kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, operasi pemindahan akan dilakukan pada Sabtu dengan bantuan gajah denak, Kasturi dan Sanum.

Bagaimanapun, Perhilitan memaklumkan tangkapan gajah terbabit bukan penyelesaian jangka panjang berikutan kawasan kebun penduduk hanya berada berhampiran kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Sungai Rek yang menjadi habitat dianggarkan lebih 20 gajah liar.

Perhilitan menasihatkan pemilik kebun mengambil langkah yang lebih efektif seperti membina parit gajah atau Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) yang mengikut spesifikasi di sekeliling kebun bagi mengurangkan konflik.

Artikel Berkaitan: